Entry ini sepatutnya ibu buat semalam sempena ulangtahun yang ke9 ibu di LEG. Memandangkan mood yang agak cloudy, so tak teringat pulak. Tak pe lah buat hari ni pun kannn..bukannya kena saman.
Okey. Bercerita tentang kerja di LEG, pengalaman 9 tahun di satu tempat yang sama tu bolehlah dikategorikan 'super senior' lah. Ye la, usia company ni pun baru sekitar 13 tahun (if i'm not mistake). Tak ramai yang dapat 'bertahan' sampai ke ulangtahun yang ke9. Dua tiga kerat jer yang masih ada yang seangkatan sezaman dengan ibu. Ada yang dah cecah 10,12 tahun. Tak tahu lah nak cakap macammana, samada ini pencapaian ke atau aper. Yang pasti, hanya orang-orang yang cekal dan tabah sahaja yang mampu menjadi 'super duper senior' ni..hahaha..walhal kami sahaja yang tahu...(malas nak cakap wehh, bersyukurlah.....)
Kalau ikut kronologi perubahan yang berlaku, dah banyak yang dapat ibu saksikan dan alami sepanjang membina karier di sini..ecece..'segan' lak nak cakap pasal karier yang tak seberapa nih.
Actually, ramai yang tak tahu, LEG bermula di Pulau Langkawi. Di Pulau Langkawi, ibu tak pasti samada bermula di Pekan Kuah (Kampus 1) atau serentak di Padang Matsirat (Kampus 2). LEG ditubuhkan bermula dengan program matrikulasi (masa ni ibu belum join lagi) kementerian pendidikan. Namun dihentikan kerana beberapa masalah, ibu tak ingat bertahan sehingga bila program matrikulasi ni.
Selepas berakhirnya program matrikulasi, LEG mula menjalankan program francais. Bermula dengan ITM dan UTM. Jumlah pelajar agak ramai pada waktu itu sehingga kadangkala satu2 program terpaksa dibuat banyak seksyen (group kelas). Program ITM dikendalikan di kampus 1 manakala UTM di kampus 2. Selepas program ITM tak disambung, LEG memulakan program USM pula.
Ibu join company ni pada 16 Jun 2001. Pada masa tu ibu baru jer habis degree, konvo pun belum. Mintak pun main2 secara online, tak sangka pulak dapat. Bila dah dapat tu, macam cuak jer pulak. Mulanya berbelah bahagi jugak nak pergi ke tak nak. Macam2 cerita yang ibu dengar. Lagipun takde sedara mara yang tinggal di Langkawi dan tak tahu macammana kehidupan di sana. Bila difikir2kan, why not ibu menimba pengalaman di tempat orang. Menyahut cabaran giteew~
Ibu ditempatkan di Kampus 2, Padang Matsirat. Betul2 depan airport. Kalau time LIMA, kelas postpone sepanjang LIMA berlangsung sebab tak dapat nak mengajar. Budak2 memang suka la sebab takde kelas, boleh tgk show free lagi. Bunyinya tok sah citer la dengan segala mala jet pejuang, kapal terbang, heli, pertunjukkan etc.
Time ibu masuk, ada 5 lagi pensyarah lain yang sama masuk dengan ibu, tapi sekarang tinggal ibu je yang masih di sini. Ada yang 2,3 bulan resign masuk firm, ada yang 3,4 tahun kemudian resign, ada yang 5,6 tahun resign sebab dapat better offer.
Mula2 sampai di Langkawi, best tu memang best. Rasanya 5 bulan pertama tu semua indah2 belaka. Ye lah, pulau pelancongan, cantik, udara nyaman, makanan murah, dah ada kawan2 yang baik.. tapi sunyi dan boring ya tatau nak cakap. Boyfren dok jauh..asyik gayut ja..hahaha
Nak balik kampung pun berchenta nak sampai. Dari Pdg Matsirat tu, kena naik teksi (dulu takde bas, sekarang tatau la) ke Jeti Kuah. dari Kuah kena amik feri lak samada ke Kuala Perlis atau Kuala Kedah. Dari Kuala kedah/kuala perlis tu kena amik teksi pulak ke hentian bas Shahab Perdana. So, kalau cuti setakat sehari setengah ko duduk je bercuti kat pulau tu..jgn berangan nak balik kampung! Alang2 balik biar sampai sekurang2nya seminggu baru hilang penat. Kalau rasa banyak duit dan nak cepat sampai boleh la amik flight ke KL/KB (dulu2 takde Air Asia yer..)
okey..layan dulu tengok gambar yang tak seberapa. Tak banyak gambar dalam simpanan komputer ni, ini pun jumpa selepas digodek beberapa kali. (dulu takde handphone yang ada kamera, kamera pun masih pakai filem)
Bersama geng2 bujang berpiknik di Pantai Pasir Tengkorak. Masa ni I pun masih bujang..hehe
Gambar atas: Bersama pelajar di depan bilik. Kami semua stay kat chalet you...cam ala2 kerja sambil bercuti! Kalau takde kelas, balik lepak ke bilik. Suka ati la nak buat apa. nak balik sambung tido ka, balik cuci baju ka, balik makan nasik ka...hahaha..santai kan! takda sapa nak kacau janji kelas beres!
Gambar bawah: Sue, Shima, Haiza, Me, Dani, Ita, Mash, Adik Ita (semua dah quit kecuali I)
Inipun sama, bergambar dengan student. Students dulu sangat laaa baik dan bagus2. Boleh geng.
Pada penghujung tahun 2002, LEG berpindah secara berperingkat ke lokasi baru di Mantin, Negeri Sembilan. Bermula dengan program USM pada bulan Oktober, dan program2 lain pada bulan Disember kalau tak silap. Ibu ingat lagi, masa tu bulan puasa. Masa tu ibu dah kawen lebih kurang 5,6 bulan. Masa mula2 kawen, kami dok asing2 lagi. Hubby di Serdang, jadi RA di UKM sambil buat PhD di UKM. Then, bln Ogos dia pindah ke Langkawi menemani isterinya yang terchenta..hehehe.
Sebelum berpindah tu, kami pulun pegi melawat tempat yang masih belum pergi. 2,3 bulan sebelum tu takde pulak rasa nak pergi. Biasa la..bila agak2 tak tahu bila lagi akan berkunjung, so alang2 dah di bumi Langkawi, jadi la kami pelancong yang tak berapa asing. Shopping tu tak yah cakap arr..tiap2 minggu ada je barang yang nak dibeli..murah2 beb! Sampai cik hubby geleng kepala. Memandangkan masih lagi dalam mood bulan madu, dia ikut jer kehendak honey dia yang tersayang. Standard ar pompuan..kat rumah mesti nak ada pinggan mangkuk brand correlle ke, vision ke, arcopal ke, arcoroc ke, dan macam2 mak nenek brand lagi la..itu belum kira lagi kiriman orang2 kampung. Cik kak ni la jadi mangsa setiap kali balik kampung dok heret kotak pinggan mangkuk tuh. Sib baik kirim duit, kalau kirim pakai air liur, air liur je akak bwk balik..huhu.
Okey la. Stop sini dulu. Part 2 akan menyusul nanti yer.
No comments:
Post a Comment