Wednesday, June 16, 2010

'wrong timing'

Okey..dah abis meeting.

Singgah toilet sat..(itu pun nak citer ke?)

keluar dari toilet, check handphone.

Handphone td dalam kondisi 'silence mode'.

Bila nak setting balik, ibu tengok ada misscall. Saper lak nih, nombor yang tak dikenali.

Kot2 ada emergency, ibu trace balik.

Rupanya sebuah syarikat. Telefonis tu cakap nanti mereka akan call balik. ok, fine.

Lepas jer ibu landing, call masuk.

Lelaki, Melayu, siap bagi salam lagi. Fine. (dalam hati aku dah boleh agak dah dia ni nak jual apa)


Dia: Boleh saya bercakap dengan Puan Wan *******

Ibu: Ye, saye...

Dia: Saya dari syarikat business card center, Kuala Lumpur membuat panggilan khusus kepada pelanggan yang menggunakan visa dan master card. Sempena dengan konsep 1Malaysia, kami ada menawarkan bla..bla..bla..

Ibu: Takpe lah..saya tak berminat.

Dia: Kenapa tak berminat? (eh2, mamat nih, suka ati la dah kita tak minat. actually, telinga akak penat, baru kuar meeting, dengan mood yg cloudy di pagi hari)

Ibu: Takde apa. saya bizi.

Dia: Bizi?? Bizi sangat2 ke?

Ibu: A'ah..sy tengah bizi ni (sambil bercakap ibu macam gelak2 la sikit..abis, takkan ibu nak sergah kot, orang dah bagi salam elok2)

Dia: Eh..bizi pun boleh gelak2...(mcm tak caya jer aku bizi...tak puas hati nak memujuk mintak ibu dengar sebab dia belum explain byk, baru satu baris dia cakap ibu dah potong tadi!)

Ibu: Eh!Eh! Abis, awk nak kena marah ke??? (dah aku gelak nak jaga ati dia supaya tak nampak harsh sangat..dia blh perli2 aku pulak)

Dia: okey2...saya mintak maaf. (sambil gelak2 jugak dan terkedu bila aku cakap macam tuh)


Kesian pun ada kat mamat tuh. wrong timing la dia.

begitu lah nasib sales people.

pagi tadi pun ada gak sorang mamat jual aper ntah datang tempat ibu. Ibu just angkat tangan cakap 'no, thanks'. dia pun tengok kita macam tak berapa nak layan, apa lagi..angkat kaki la.

Nak carik nahas tunggu melangut kat depan nih, karang ada yang kena hempuk dengan monitor pulak kang.

Pak2 guard nih camner blh bg sales people masuk macam tu je.

adohai...

2 comments:

Shah Scander said...

kalau ada org jual barang kemas ke, kosmetik ke..mesti layan kan??? haaa.....hahaha

WanShila said...

Kanda: hahaha..kalau org jual brg kemas lagi akak ngamuk...tak kira la datng awl bulan ke, tgh bulan ke, ujung bulan ker..