Thursday, September 30, 2010

betul2 masuk hospital!

If sebelum ni ibu buat entry kereta masuk hospital, kali ni memang betul2 ada orang masuk hospital. Orang yang dimaksudkan adalah kakak ibu iaitu Kak Na. Dia ni tinggal kat BSP.

Tadi dia mesej yang dia dah kat dalam wad di Hospital Serdang. Dia tengah menghitung hari nak melahirkan anak ke3. Babynya kurang gerak, that why lah kena tahan kat hospital. Esok kena induce.

Nampaknya tahun ni kami berdua menambah bilangan anak buah lagi. 1 belah hubby, 1 belah ibu. Baguslah, kita seri ya!


Berhari raya di play ground, BSP


Kak Na, expecting baby girl...insyaallah




Beginilah nasib beraya diperantauan...kami jer yang konker play ground...hehehe

Masuk hospital...

Siapa masuk hspital???? Eh...jangan salah sangka. Bukan ibu yang masuk hospital, tapi kereta ibu yang accident hari tu masuk hospital @ bengkel sebab nak repair. Punya lah berjanggut kami tunggu investigation report siap, baru beberapa hari yang lepas hubby ke JPJ Seremban untuk ambil report tu bagi tujuan claim insurans. Alhamdulillah, ibu tak kena saman tapi pihak yang melanggar didenda RM300 (menurut salinan report yang hubby dapat).

So, Selasa lepas selamatlah kereta tu masuk bengkel. Tak tahu lah berapa hari kena tahan. Harapnya cepat siap. Kesian kat hubby sebab terpaksa berkejar balik menjemput anak dari rumah pengasuh. Kadang2 malam baru sampai ke rumah. Ibu jalan kaki jer balik ke rumah sebab jarak nya dekat..seberang jalan dah masuk kawasan kediaman.

Tuesday, September 28, 2010

Rumahku Syurgaku...

Alhamdulillah....syukur kepada Allah kerana memudahkan urusan hambaMu ini.

Tadi, ibu dapat call dari En. Zamb, bank officer yang incharge home loan ibu. Dia bagitau yang bank dah disburse money to NH firm. So, maybe by this week or next week, vendor akan dapat lah payment.

Insyaallah, tak lama lagi kami akan move in to rumah baru...dekat jer dari rumah lama and my office. Cumanya nak mempack barang tu yang berchenta sket. Malasnyer wehhh...

Harap2 tu dapat beraya aidiladha kat rumah baru. Apa tema nak hias ya??? Any ideas???

House warming and merangkap majlis akikah insyaallah kalau ada rezeki akan dibuat semasa cuti sekolah hujung tahun ni. Ada orang nak sponsor beras...ke kambing skali???hehehe...


Monday, September 27, 2010

Blogger kecil...

Sebelum ni ibu pernah citer kan yang antara port paling best bagi Wafa adalah dalam bilik study. Keterujaan dia makin terserlah apabila mendapati ada 'toy' yang dia boleh main. Agaknya dia heran kot kenapalah ibu ngan ayah selalu dok mengadap benda alah ni. So, dia pun nak explore jugak lah. Mari kita tengok apa yang dia dok buat.


"Apa yang ibu buat ni..banyak gambor food, rasa lapar lah pulak. Bila ibu masak food ni, ibu tak suap kat saya pun.."(merujuk kepada gambar ikan siakap masak 3 rasa)


"Click sket...what next. Syok gak click2 kat keyboard nih..ada nombor."


"Ha? Ada gambar best! Oooo...ibu ada blog! Patut la selalu melangut depan laptop...bukannya nak jaga saya..."


"Saya nak jadi blogger jugak lah buuu...boleh??"


(P/s: Dialog itu hanyalah rekaan semata-mata untuk disesuaikan dengan gambar...hehehe)

Sunday, September 26, 2010

Bukan main 'masak-masak'...

Entry kali ini ibu nak story tentang research hubby. Jumaat lepas hubby balik membawa sekotak besar kerja2 lab nya. Ibu ingatkan bawak balik hadiah ke apa..rupanya kerja labnya yang perlu dibuat di hujung minggu.

Biasanya hari Sabtu dia akan ke office jugak. Memandangkan Sabtu semalam ibu kerja, dan pengasuh pulak bercuti, so dia dok kat rumah ajer lah menjaga anak2.

Sejak dari semalam dia dok bertungkus lumus kung kang kung kang menumbuk sample tanah. Satu kotak tuh....Dari jauh orang dengar ingat nak buat kenduri ke haper sebab munumbuk menggunakan lesung seramik. Rupanya menumbuk tanah..huhu

Ibu nak tolong buat dia tak bagi sebab tanah tu kotor. So ibu cuma tolong hubby buat 'sampan kecil' untuk dia isi sampel nanti.

Insyaallah, by this October, selesailah dia ambil sampel kat field. Then, continue dengan kerja2 lab ajer. Kurang la sket penatnya. Sian hubby...

Sample tanah


Perlu ditumbuk halus agar senang untuk dianalisis



Selepas ditumbuk perlu diayak menggunakan tapis ni. Sama macam tapis ibu laa...boleh pinjam buat tapis tepung...hehe



Ini sample tanah yang belum ditumbuk


Tanah @ baja cacing


Sedia untuk dianalisa untuk melihat 'humid acid'


Perlu direkodkan agar tidak confius sebab sample banyak giler wehhhh...

Saturday, September 25, 2010

Cinta oh cinta...


Bercinta sememangnya indah...bulan, bintang, planet semuanya mampu dijanjikan. Mereka merasakan seolah2 dunia ni mereka yang punya. Bagi yang tidak menjaga batas2 pergaulan, lagaknya tak ubah seperti suami isteri malahan lebih teruk lagi. Tidak segan silu berpeluk-pelukan, berkucupan, berpegangan sampaikan orang yang melihat pulak yang rasa segan. Ingatan, teguran dan nasihat dah dilupa kalau dah masyuk bercinta. Kaulah segalanya...sehinggakan sanggup menyerahkan segalanya. So...apa yang tinggal apabila semua dah diberi...dirasa dan diratah sebelum tiba waktunya? Sudah tidak ada manisnya....

Realitinya, setiap pasangan yang bercinta, pasti mengharapkan ianya disempurnakan sampai ke jinjang pelamin. Namun, berapa kerat sahaja pasangan yang bercinta bagai nak rak dapat menoktahkan ikatan sehingga ke pelamin. Ada yang berjaya, namun ada juga yang terkandas di pertengahan jalan. Sebab itu kita kena selalu beringat, adakah dia yang bakal jadi jodoh kita? Sebab jodoh pertemuan adalah ketentuan Allahi.

Kadang kala perpisahan itu disebabkan oleh tentangan keluarga, campurtangan orang ketiga atau tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Perpisahan bukan hanya berlaku di kalangan pasangan yang bercinta. Pasangan yang sudah berumahtangga bertahun2 lamanya pun ada yang berpisah akhirnya. Malahan, pasangan yang sudah berkahwin, kesan dia lebih ketara kerana ianya melibatkan banyak pihak terutama kesan emosi dan psikologi kepada anak2 yang masih kecil.

Kebanyakan pasangan muda yang hangat bercinta merasakan dengan ikatan perkahwinan segalanya akan berakhir. Namun, hakikat sebuah perkahwinan itu terlalu kompleks untuk difahami. Perkahwinan itu memerlukan tanggungjawab, pengorbanan, tolak ansur, saling memahami dan komunikasi yang baik. Usia muda atau tua pun kadangkala tidak menjanjikan kejayaan atau kegagalan sesebuah perkahwinan. Ada jugak orang yang dah berumur berkahwin tetapi masih gagal mempertahankan ikatan perhubungan. Ada jugak pasangan yang berkerjaya, sama cantik sama hansem, berharta, terkenal, berkuasa dan lengkap segalanya tetapi masih bercerai berai. Isunya, adakah masing2 sudah bersedia memikul tanggungjawab? Bagaimana pula dengan ilmu rumahtangga?

Ada yang berpendapat bahawa, dengan berkahwin segalanya dapat diselesaikan. Ya, memang benar perkahwinan dapat menghalang kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Tetapi, dapatkah kita menjamin bahawa dengan berkahwin kita dapat mengelak daripada melakukan maksiat dengan orang lain jika kita sendiri tidak mampu menjaga diri kita sendiri???. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Sejauh mana tahap keimanan yang kita ada. Kalau berkahwin sekalipun, tetapi gagal menahan diri daripada melawan nafsu, tujuan berkahwin itu tadi tak kemana juga akhirnya. Maka disitu bagi ibu perkahwinan bukanlah penyelesaian yang terbaik. Baiki diri sendiri terlebih dahulu. Beristighfar dan bertaubat lahh...

Percayalah..cinta yang berlandaskan nafsu tidak ke mana...cintailah hanya kepada mereka yang mencintai Allah...nescaya kau akan selamat di dunia atau akhirat.

Friday, September 24, 2010

merayau??


Luthfil: "Ibu..nape Wafa ni asyik merayau jer...?"

Ibu : "Wafa kecik lagi...belum boleh berjalan. Luthfil dulu pun suka merayau jugak masa kecik2...."

Itulah pertanyaan yang pernah diajukan kepada ibu oleh Luthfil Hadi berkenaan adiknya, si Wafa. Memang sekarang ni Wafa tengah ligat ya rabbi...berdesup-desup dia merangkak ke sana sini. tu yang dapat kat abang2nya dikata merayau tuh. Selalu yang tukang kutip adalah abang long. Wafa lak suka menyelit nak join abang2 nya berdua tu main. Port paling dia suka adalah tepi peti ais, dapur dan juga bilik ibu. Kalau dapat buat sepah baju yang dah dilipat..huuuu..lagi syok. Dia selalunya akan test dulu samada orang larang atau tidak dia pergi ke sesuatu tempat. Then, siap lambai tangan 'bye-bye' kat orang. Sekarang ni dia dah mula bertatih, berdiri pun dah tak pegang apa2 lagi. Mungkin kalau banyak praktis berjalan, bulan depan dah boleh berjalan kot.

Digi...



Dah lama promo nuffnang ni tak berkelip2 kat blog ibu. Hari ni apa mimpi ntah, promo Digi mencelah..hehehhe..harap2 lepas ni berdesup2 promo masuk lagi.

Actually dah ramai orang yang ajak ibu guna line Digi. Kata mereka murah dan coverage bagus. Insyaallah, i will follow them. Anda bila lagi???

Kek tapak kuda

Pernahkah anda mendengar 'kek tapak kuda'? Yaaa...bagi masyarakat di Semenanjung mungkin ianya sesuatu yang asing. Ibu pun first time mendengar, melihat dan merasa 'kek tapak kuda' nih. Itupun sebab ada seorang student yang berasal dari Brunei telah menghadiahkan kek ini sebagai buah tangan selepas pulang bercuti untuk berhari raya baru2 ini. Ibu tak sure lak kek ni berasal dari mana, cuma menurut beliau, kek ni antara makanan special kat Brunei.

Kek tapak kuda ni rupa bentuk dia sebelum dipotong adalah sama macam kek lapis gulung Sarawak. Yang berbeza mungkin cuma rasanya. Bahagian dalam kek ini adalah coklat pejal...hummm yummyyy...dan di luarnya dilapisi dengan kek yang sangat lembut. Rasanya manis (hubby cakap manisnya just nice) dan sedikit berlemak mungkin diadun dengan butter.

Luthfil Hadi sangat suke kek ni sebab ada coklat. Lain kali ibu kirim kt sesape yang nak ke Brunei yer...


Ada nampak rupa tapak kuda tak?


Rupa jer macam tapak kuda...rasanya macam kek coklat


Sedappp...


terima kasih daun keladi...

Thursday, September 23, 2010

hangin puss puss...

Memang nak tunggu masa jer bomm nak meletup!

Mood ibu dah ler kureng hari ni. Letih semacam ajer. Maybe sebab semalam penat sangat dengan kelas yang penuh seharian. Balik ke rumah masak lagi, kemas lagi. Hmmm..selalu ada orang tolong.

Hari ni lak puasa ganti. Memang mood ke laut sungguh. Tinggal baper percent jer pahala pose aku...astaghfirullah...sabor2 yekk..

Masa nak berangkat ke kelas kol 2pm td, my sis smsed me bagtau yang ma berangkat ke mekah on 18 Oct depan. Yang tukang bagitau dia 'cik' Which 'cik' ibu pun tak sure lak. Tu yang call kampung nak confirmkan betul2. Senang citer nak apply cuti nak balik jenguk depa sebelum berangkat.

Tapi bila dah call banyak cali takde orang angkat, makcik ni mula lah berangin. Rasanya lebih 10 kali kot. Geram pun ada. Call kedua2 nombor handphone pun still takde orang jawab. Gamaknya kalau orang ada emergency bagitau ada yang sakit tenat, maunya mati dulu kawan tu. adoiii...tension giler beb!

Bila ibu sms tanya bila wat doa selamat, ada hantu mana ntah jawab 'tak tahu lagi bila dapat pergi ke mekah'. Pulak dahhhhh....

Woiiii...buang ke hutan la handphone tuh pok ide!

Dan satu kes lagi yang buat tambah hangin, vendor yang jual rumah kat kami tu call lagi. Ibu tak sempat nak angkat sebab nak solat tadi. Tak tahu lah nak apa..nak extent stay situ ke atau dah nak cha alif butttt....kami dah tak sabar nak masuk umah kami nih. Kalau boleh nak masuk sebelum bday Wafa..*sigh*...paling2 lewat pun nak beraya haji kat rumah baru (baca: baru beli).


takde tajuk...

Mood semendung cuaca.....

Sleepy.....ZZzzzzzzz....

Wednesday, September 22, 2010

Sungguh kurang asam daa.....

Seperti biasa, kelas hari Rabu adalah kelas yang paling memenatkan sebab start kelas jam 8am. Walaupun kedatangan hanya separuh daripada 40+, ibu teruskan jugak mengajar. Lepas kelas normal, ada lak kelas ganti sampai kol 12pm. Ni baru masuk opis la nih...laporrnyer...perut dah berkeroncong belum jamah makanan pun lagi.

Nasib baik pagi tadi ibu sempat rembat roti butterscocth kat rumah bawak ke office. Boleh la buat alas perut untuk hari ni.

Sedang elok nak meng'ngap' roti...tetibaa....'khuk khak khuk khak'...bunyi sound effect dekaaat jer kat sebelah table ibu. Cisssss....terbantut selera ku!

Adalah sorang hamba Allah ni tengah menyedut kahaknya...ingatkan dia nak berlari buang ke luar..tapi ditelannya...hayyyaaaa....terbantut selera ai...naik kembang tekakku...

Mencik sungguhhhhh...grrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!

Cepat2 ku capai earphone, pasang lagu omputih kuat2......huhuhu.

Tuesday, September 21, 2010

Kerabu pucuk paku & tauhu telur

Kerabu pucuk paku


ANGGARAN BAHAN-BAHAN:

Seikat pucuk paku -potong dan dicelur sekejap
Tauge (anggaran 30-50 sen) - dibuang ekornya dan dicelur sekejap
1 labu bawang merah besar dipotong nipis
1 tangkai cili merah dipotong serong
3 tangkai cili padi dipotong serong
1/2 bj kelapa parut (kalau goreng lagi best (goreng sampai perang dan rapuh), then tumbuk sederhana halus)
Limau kasturi 5-8 biji (ikut tekak sendiri, nak masam tambah lagi)
10-15 ekor udang - dibuang kulit & stim
3 ekor sotong sederhana saiz -dipotong & stim
(kalau takde sotong / udang, boleh ganti dengan kerang rebus, time rebus takyah boh garam)
Gula, garam secukup rasa

CARA MEMBUATNYA:

1. Pucuk paku dan tauge yang dicelur tadi ditoskan, masukkan dalam bekas besar.
2. Masukkan bawang hiris, cili potong, kelapa, sotong, udang @ kerang, garam, gula, jus limau kasturi.
3. Gaul rata.
4. Siap!


Tauhu telur

BAHAN-BAHANNYA:

3 apa ek nak panggil...3 paket kot tauhu telur (cari yang ada tanda halal JAKIM)
4 ulas bawang putih
Halia sebesar ibu jari
3 sudu sos tiram
1 sudu teh tepung jagung - dibancuh dengan 1/2 cawan air
lada hitam
Sayur fatt choy atau baby kailan

CARA BUAT:

1. Potong tauhu kepada 6 bahagian setiapnya (6 x 3 =18...heheh..ini pun nak tolong kira ker)
2. Goreng sampai perang. Angkat dan susun dalam pinggan.
3. Cincang bawang putih dan halia.
4. Tumis kan sampai naik bau.
5. Masukkan sos tiram, kacau, dan larutkan tepung jagung ke dalam 1/2 cawan air.
6. Masukkan ke dalam kuali, kacau sampai pekat.
7. Masukkan lada hitam.
8. Celur sayur sekejap jer.
9. Then aturkan bersama tauhu.
10. Curah bahan yang ditumis tadi ke atas sayur dan tauhu tadi.

Actually, first time buat dulu ibu tak letak sayur. Rasa macam tak puas makan..then malam tadi ibu buat sekali lagi tambah ngan sayur..lagi best!!

SELAMAT MENCUBA!

Ketupat daun palas & kek coklat kukus

Ketupat kiriman dari kampung. Thanks to my mom!


Shedaappppp...lembutttt jer bila dikukus


Kali ke empat buat kek coklat


Hmmm..yummyyy..sekali ngadap jer habis licin.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang (kalau nak manis, tambah lagi)
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu segar perisa coklat
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
3 biji telur (gred A)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak tepung gandum, bikarbonat dan bakng powder.
2. Masukkan gula perang, serbuk koko, susu pekat manis, susu coklat dan minyak ke dalam periuk/mangkuk kaca tahan panas. Letakkan mangkuk/periuk atas api yang kecil, kacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan ketepikan.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Masukkan telur dalam mangkuk coklat tadi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga habis dan tepung larut sebati ke dalam bancuhan coklat tadi.
6. Masukkan ke dalam loyang yang dah disapu minyak atau lapikkan dengan kertas minyak.
7. Kukus selama lebih kurang 40 minit.
8. Untuk topping, cairkan coklat (ibu guna coklat van houttan) menggunakan kaedah double layer. Masukkan 2-3 sudu minyak masak.
9. Setelah kek sejuk, sapu coklat cair ke atas kek tersebut. Taburkan coklat rice.
10. Tunggu sehingga sejuk, baru potong...dan makan...

SELAMAT MENCUBA!

Monday, September 20, 2010

Kesayangan kami...

Si manja Wafa Aleesya,
Hari ini genaplah usianya 11 bulan,
Sudah mula bertatih,
Adakah dapat memecahkan rekod abang2nya,
Berjalan sebelum usia 1 tahun?

"kenapa kena pergi sekolah...?"

Ah! Psiko sat kami pepagi buta dengan karenah Luthfil hari ni. Malam tadi dia tidur lewat. Balik dari beraya kat rumah makcik hubby, kami singgah ke Giant membeli barang dapur. Sampai ke rumah dah dekat pukul 11pm.

Jam 12 lebih pun masih gak anak2 belum tidur. Masing2 terkebil2... Lepas kena sergah baru lah budak berdua tu diam.

Sudahnya pagi ni Luthfil mengamuk tak mau ke sekolah. Mengantuk katanya. Mulutnya bising dok tanya.."nape kena pergi sekolah..??" Huh..apa nak jawab ekkk...

Sekali kena mandikan dengan hubby...lagi la dia moody.

Then, tadi masa ibu hantar dia ke PASTI, dia menjerit.."saya nak pergi umah mama, nape ibu bawak sini..?" Dah masuk dalam pagar sekolah pun dia sempat cabut lari nak ke kereta semula. Siap kena kejar ngan muallimah dia.

Ish..ish...dah cuti 2 minggu semua dah liat nak ke sekolah yer..

Usahkan budak sekolah...yang kita pun mood nak kerja tu hilang je memanjang...hehehe
Pagi2 dah moody yer...

Orang baru...

Hari raya kedua yang lepas, kami dapat anak buah baru...biras ibu selamat melahirkan seorang baby boy seberat 3.3kg di Hospital Razif. Sempat jugak lah dia menjamah laksa penang yang ibu kirimkan pada ayah ketika ayah menziarahi besannya pada hari raya tu. Tahniah kami ucapkan di atas kelahiran cahayamata yang kedua. Kami doakan semoga ibu dan anak semuanya sihat.


Gee, beberapa jam selepas melahirkan baby boy


Selamat datang ke dunia


Muhammad Irsyad Danish

Sunday, September 19, 2010

Tanam tebu di bibir...

Tajuk takde kena mengena dengan gambar...hehehe

Actually, ibu nak tunjuk sesuatu kat korang semua.

Pernah makan tebu tak?

Budak2 sekarang entah2 pokok tebu pun tak kenal. Tahu minum air tebu jaaa...lebih teruk lagi kalau yang tak tahu bahawasanya gula tu berasal dari tebu.

Tebu ada banyak jenis. Tebu berasal daripada keluarga rumput. Tebu yang lurus dikatakan lebih manis berbanding tebu yang bengkok. Yang ibu tahu la kan... kat Malaysia ni ada tebu telur (batang kuning), tebu hitam (of course lah hitam kan) dan tebu ubat (daunnya hitam, batangnya kecik ajer, rasanya pulak tawar). Tebu ubat ni biasanya diminum oleh pesakit yang terkena santau untuk meneutralkan bisa santau. Ibu tahu pun kebetulan baru2 ni seorang kawan ibu terkena santau dan mencari jenis tebu ni.

Okey...gambar kat bawah ni adalah gambar tebu yang telah dibuang kulitnya. Tebu ni ibu ambil dari rumah kakak. Sangat sedap kerana airnya tersangatlah manis. Lebih sedap lagi dimakan selepas diletakkan seketika di dalam peti sejuk.

Hummmm....manisnya!


Teringat zaman kanak2 dulu makan tebu


Luthfil tanya..."apa ni bu?..Ibu cakap sugar cane. Sugar cane tu apa? Sugar cane tu yang elephant suka makan.
Langsung kawan tu tak mau makan! Huh!

Saturday, September 18, 2010

Kecoh betul...

Luqman

Semalam kan birthday ibu. Luqman @ Abang Long tak habis2 dok tanya mana kek besar ibu. Dia ni skema sket. Mesti nak perfect and proper kalau sesuatu perkara tuh. Alahai anak ibu nih...dah jenuh makan kek sebelum raya dan selepas raya. Dah 3 kali ibu buat kek, dia still dok tanya pasal kek lagi. Asal birthday jer mesti ada kek.

Atterr...nak wat camner..asal birthday jer mesti ada kek, mesti nyanyi hepi birthday...adohaiii..... kolesterol...kolesterol...

So, malam tadi dia dok bisik2 kat ibu. Hubby kat sebelah dok dengar. Ibu cakap, ajaklah ayah pergi belikan hadiah dan kek kat ibu...ader lak birthday girl yang kena prepared..huhu

Then, depa 3 beranak tu ke kedai malam tadi...kedai bawah jer lah...sib baik bukak.

Maka, berparti lah depa malam tadi sempena birthday ibu.

Parti jajan yang diletak dalam pinggan!

Hadiah pulak, kad ucapan birthday yang direka khas oleh Luqman dan ciuman dari anak2 tersayang.

.... Tiada yang lebih bermakna selain daripada kasih sayang keluarga tersayang.

Friday, September 17, 2010

Birthday....

Today is my birthday...dah makin tua yukk...

Thanks a lot to all my friends & families yang wish me 'Happy Birthday"...yang mendoakan kesejahteraan dan kesihatanku.

I'm really hope for this birthday, Allah give me more happy, more healthy and success in all my way. Thanks and syukur for everything.


Thursday, September 16, 2010

MC...

Setelah hampir 5 hari bergelumang dengan selsema, tengahari tadi ibu memutuskan untuk ke klinik. Itupun setelah dinasihati hubby beberapa kali.

Mulanya pagi tadi ibu ke kelas pukul 8am, ingatkan adalah student datang..seketul pun tak nampak batang hidung. Sakan sungguh mereka bercuti. Haaa...cuti la lelama, result midterm korang bukan main teruk lagi. Daripada 3 paper, 2 dah submit before cuti raya last week.

Petang tadi ke rumah adik di Shah Alam. Sambil pergi beraya, ibu pergi ambil kiriman dari kampung. Buah dokong yang sangat manis serta buah salak yang sangat masammmmm...huhuhu.

Dan tak lupa..yang paling penting adalah kiriman tempoyak satu tabung besar. Cukup stok setahun tuh... tempoyak ni khusus untuk dimasak bersama ikan patin. Kalau takde tempoyak memang tak kick..hehehe

16 September, cuti! Hoyyee...boleh golek2 kat rumah ngan anak2..takde nak pergi beraya ke mana2. Nak siapkan kerja yang belum beres.

Okeylaah..selamat menyambut HARI MALAYSIA. The next day is MY BIRTHDAY!!


Monday, September 13, 2010

Flu~


Malam tadi ibu tak boleh tidur...sok sek sok sek..huhu

Tekak sakit macam ada batu kerikil rasanya. Hidung lak asyik berair jer..dengan mata gatal, telinga gatal...astaghfirullahalaziimm...ujian Allah untuk ibu nih.

Semalam memang takde rehat pun. Tengahari kakak datang beraya. Just hidang nasi untuk makan tengahari sebab takde apa nak dihidang. Sebelah petang pulak, ibu buat spagethi untuk diorang sebelum berangkat pulang. Dia pun bgtau last minute nak datang, dah on the way pun. Pagi semalam ibu ada pergi ke pasar, cari ikan, hanya beberapa kedai sahaja yang ada.

Pagi ni dah masuk kerja. Dengan badan yang lemah, kepala yang berat, mata yang kuyu dan berair, hidung yang tersumbat dan sok sek sok sek...adeiii...takde moodnya nak masuk kelas.

Hubby ajak ke klinik, malas pulak nak pergi...tadi godek2 stok ubat yang bulan lepas, telan sebiji ubat demam. Mintak2 la jangan melarat sebab 1 paper midterm belum siap marking.

Ya Allah...sembuhkan lah demam ibu...

Sunday, September 12, 2010

Salam takziah buat semua keluarga mangsa mati dibunuh...

Gambar yang dipetik dari utusan online


Berita yang ibu baca dalam akhbar mengenai kisah jutawan kosmetik, Datuk Susilawati dan rakan2nya yang mati dibunuh sangat memeranjatkan ibu. Ibu sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang kehilangan Datuk Susilawati, malah kadang2 ibu terfikir, apakah kesudahannya kes tersebut. Nah! Kini semuanya sudah terjawab. Kesian sangat kepada keluarga semua mangsa...anak2 mangsa yang masih kecil yang mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.

Walaupun ibu bukanlah pelanggan produk NV, tetapi kisah hidup Datuk Susilawati bagi ibu boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang. Bagaimana dia bermula dengan tiada apa2 sehinggalah dia berjaya menjadi seperti sekarang. Bagi ibu, dia adalah seorang entrepreneur yang sangat cemerlang.

Malangnya, kisah hidup dia berakhir begini. Bagaimana sanggup manusia yang khabarnya arif mengenai undang2 boleh bertindak sedemikian kejam. Di bulan baik, hari baik pulak tu. Tidak ada keluarga kah si pembunuh tu? What comes a round goes around...jika tidak dibalas di dunia, tunggulah diakhirat kelak..

Salam takziah untuk semua keluarga mangsa. Semoga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah yang maha besar ini.

Semoga mereka menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Al Fatihah.

Saturday, September 11, 2010

Sambutan raya 2010 yang sederhana..

Tahun 2010 sekali lagi ibu beraya di rumah keluarga sebelah hubby di Klang. Tak banyak bezanya dengan tahun lepas persediaan menyambut raya, kami menyambutnya secara sederhana sahaja.

Keluarga hubby kecil jer. Kakak, hubby dan adik lelaki. Seperti kebiasaannya, juadah untuk raya bagi masyarakat di sini tak dapat lari daripada rendang, ketupat dan kari. My FIL menganyam ketupat nasi dan masak kari daging, kakak ipar pulak masak rendang ayam, daging dendeng, paru sambal dan kuah lodeh, ibu pulak masak laksa penang dan laksa kelantan.

Laksa


Kuah laksa penang


Kuah laksa lemak putih kelantan...yang ni diorang jarang jumpa.


Ulam-ulaman untuk kedua-dua laksa (laksa penang: salad litius, nenas, timun, bawang, cili merah, telur dan limau kasturi. laksa kelantan: taugeh, kacang panjang, timun, sambal belacan, daun kesum dan bunga kantan hiris)


Lemang (yang ni beli ajer...)


Paru sambal


Rendang ayam telur


Kuah lodeh putih


Ketupat nasi yang dah siap dipotong


Ketupat nasi yang baru masuk periuk. Masak selama 3 jam ya ibu2..
Ni anak ibu si Luqman join sekali tolong atuknya masukkan beras ke dalam sarung ketupat. Sekali atuk lupa nak check, bila diangkat keluar daun selai2...huhu..sib baik beberapa biji ajer..kalau tak, tetamu dijamu bubur ajer laahh...


Kari daging

Sebelum kami menjamu selera..sesi bergambar bersama keluarga. Kesian atuk kena dera..hehe
Tema kami warna biru tahun ni. Cuma Wafa jer yang ke laut sket sebab bajunya dibeli awal2 lagi. So, layannn je lah gambar yang tak sempat nak susun ni...

Selamat Hari Raya semuaaa....



Abang Long tengah mintak maap dengan ibu...huhu. Luthfil dok perati jer kat belakang ibu..


Salam dengan ayah...


"Ampunkan sayang.Selamat hari raya..."


Hubby tengah salam raya ngan ayah


My biras..Jee. Dah selamat bersalin pagi tadi


Keluarga kecilku..


Keluarga adik hubby


My beloved family dengan FIL


Keluarga kakak ipar


"Ehem..ehem...macam ngadap tok kadi ajer.."