Menu untuk berbuka puasa semalam adalah Rendang Ayam Kicap Kelantan dan juga sayur campur macam2 ada..hehehe..Actually ibu dapat resepi ni dari blog sorang kakak kat Kuantan tu..Lupa lak apa nama blog tu. Tapi untuk menu rendang nih ibu ada modified sket la..hehe
Resepi Rendang Ayam Kicap Kelantan:
Bahan perap:
Kicap manis
Sos tiram maggi
Minyak zaitun 2 scoop (menu asal guna minyak jagung, kat rumah ai takde minyak jagung, so taram minyak zaitun je lah...)
Secubit garam dan gula
Bahan kisar:
Bawang merah besar 2 labu (menu asal guna 12 biji bwg merah kecik)
Serai 5 batang diracik halus
Halia 1 inci (menu asal tak letak)
Lengkuas muda 1 inci
Kunyit hidup
2 sudu besar cili giling
Perap ayam (anggaran seekor ayam) dengan bahan2 perap tadi at least 1 jam. Then panaskan minyak, tumis bahan kisar sampai bau wangi dan betul2 naik minyaknya. Masukkan ayam yang dah diperap, guna api sederhana, masak sehingga ayam empuk. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Ayam Rendang Kicap Kelantan
Sayur goreng campur macam2 adaa.....
Bahan2:
6 ulas bawang putih diketuk
20 ekor udang besar dibuang kulitnya
Capsicum merah dan hijau
Babycorn
Brocoli
Bunga kubis
Carrot
Tomato
Cara masak:
Tumis bawang putih, masukkan udang, sos tiram, then masukkan sayur yang keras dahulu seperti carrot, babycorn, then diikuti yang lain2nya. Secubit garam (tak boh pun takpe sebab sos tiram dah masin). Masak sekejap jer, untuk mengekalkan rasa sayur yang sebenar!
Sekian sahaja..selamat mencuba!
No comments:
Post a Comment