Tajuk takde kena mengena dengan gambar...hehehe
Actually, ibu nak tunjuk sesuatu kat korang semua.
Pernah makan tebu tak?
Budak2 sekarang entah2 pokok tebu pun tak kenal. Tahu minum air tebu jaaa...lebih teruk lagi kalau yang tak tahu bahawasanya gula tu berasal dari tebu.
Tebu ada banyak jenis. Tebu berasal daripada keluarga rumput. Tebu yang lurus dikatakan lebih manis berbanding tebu yang bengkok. Yang ibu tahu la kan... kat Malaysia ni ada tebu telur (batang kuning), tebu hitam (of course lah hitam kan) dan tebu ubat (daunnya hitam, batangnya kecik ajer, rasanya pulak tawar). Tebu ubat ni biasanya diminum oleh pesakit yang terkena santau untuk meneutralkan bisa santau. Ibu tahu pun kebetulan baru2 ni seorang kawan ibu terkena santau dan mencari jenis tebu ni.
Okey...gambar kat bawah ni adalah gambar tebu yang telah dibuang kulitnya. Tebu ni ibu ambil dari rumah kakak. Sangat sedap kerana airnya tersangatlah manis. Lebih sedap lagi dimakan selepas diletakkan seketika di dalam peti sejuk.
Hummmm....manisnya!
Teringat zaman kanak2 dulu makan tebu
Luthfil tanya..."apa ni bu?..Ibu cakap sugar cane. Sugar cane tu apa? Sugar cane tu yang elephant suka makan.
Langsung kawan tu tak mau makan! Huh!
No comments:
Post a Comment