Thursday, September 23, 2010

hangin puss puss...

Memang nak tunggu masa jer bomm nak meletup!

Mood ibu dah ler kureng hari ni. Letih semacam ajer. Maybe sebab semalam penat sangat dengan kelas yang penuh seharian. Balik ke rumah masak lagi, kemas lagi. Hmmm..selalu ada orang tolong.

Hari ni lak puasa ganti. Memang mood ke laut sungguh. Tinggal baper percent jer pahala pose aku...astaghfirullah...sabor2 yekk..

Masa nak berangkat ke kelas kol 2pm td, my sis smsed me bagtau yang ma berangkat ke mekah on 18 Oct depan. Yang tukang bagitau dia 'cik' Which 'cik' ibu pun tak sure lak. Tu yang call kampung nak confirmkan betul2. Senang citer nak apply cuti nak balik jenguk depa sebelum berangkat.

Tapi bila dah call banyak cali takde orang angkat, makcik ni mula lah berangin. Rasanya lebih 10 kali kot. Geram pun ada. Call kedua2 nombor handphone pun still takde orang jawab. Gamaknya kalau orang ada emergency bagitau ada yang sakit tenat, maunya mati dulu kawan tu. adoiii...tension giler beb!

Bila ibu sms tanya bila wat doa selamat, ada hantu mana ntah jawab 'tak tahu lagi bila dapat pergi ke mekah'. Pulak dahhhhh....

Woiiii...buang ke hutan la handphone tuh pok ide!

Dan satu kes lagi yang buat tambah hangin, vendor yang jual rumah kat kami tu call lagi. Ibu tak sempat nak angkat sebab nak solat tadi. Tak tahu lah nak apa..nak extent stay situ ke atau dah nak cha alif butttt....kami dah tak sabar nak masuk umah kami nih. Kalau boleh nak masuk sebelum bday Wafa..*sigh*...paling2 lewat pun nak beraya haji kat rumah baru (baca: baru beli).


1 comment:

wanhairi said...

MAybe cik yg duk kt tasek mengkuang tu kot... Bawakkan bersabar je... puasa ke??? kalau xpuasa xtau la cmne agak2nya...