Tuesday, September 21, 2010

Ketupat daun palas & kek coklat kukus

Ketupat kiriman dari kampung. Thanks to my mom!


Shedaappppp...lembutttt jer bila dikukus


Kali ke empat buat kek coklat


Hmmm..yummyyy..sekali ngadap jer habis licin.

RESEPI KEK COKLAT KUKUS

1 1/4 cawan tepung gandum
1 cawan gula perang (kalau nak manis, tambah lagi)
3/4 cawan susu pekat manis
1 cawan susu segar perisa coklat
3/4 cawan serbuk koko
1 cawan minyak masak
3 biji telur (gred A)
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

CARA MEMBUATNYA:

1. Ayak tepung gandum, bikarbonat dan bakng powder.
2. Masukkan gula perang, serbuk koko, susu pekat manis, susu coklat dan minyak ke dalam periuk/mangkuk kaca tahan panas. Letakkan mangkuk/periuk atas api yang kecil, kacau sehingga semua bahan larut. Tutup api dan ketepikan.
3. Pukul telur sehingga kembang.
4. Masukkan telur dalam mangkuk coklat tadi.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kacau sehingga habis dan tepung larut sebati ke dalam bancuhan coklat tadi.
6. Masukkan ke dalam loyang yang dah disapu minyak atau lapikkan dengan kertas minyak.
7. Kukus selama lebih kurang 40 minit.
8. Untuk topping, cairkan coklat (ibu guna coklat van houttan) menggunakan kaedah double layer. Masukkan 2-3 sudu minyak masak.
9. Setelah kek sejuk, sapu coklat cair ke atas kek tersebut. Taburkan coklat rice.
10. Tunggu sehingga sejuk, baru potong...dan makan...

SELAMAT MENCUBA!

1 comment:

Vilashinee said...

Vila SOAF: kak, sedap gilerrrr kek kukus kak...