Friday, September 24, 2010

Kek tapak kuda

Pernahkah anda mendengar 'kek tapak kuda'? Yaaa...bagi masyarakat di Semenanjung mungkin ianya sesuatu yang asing. Ibu pun first time mendengar, melihat dan merasa 'kek tapak kuda' nih. Itupun sebab ada seorang student yang berasal dari Brunei telah menghadiahkan kek ini sebagai buah tangan selepas pulang bercuti untuk berhari raya baru2 ini. Ibu tak sure lak kek ni berasal dari mana, cuma menurut beliau, kek ni antara makanan special kat Brunei.

Kek tapak kuda ni rupa bentuk dia sebelum dipotong adalah sama macam kek lapis gulung Sarawak. Yang berbeza mungkin cuma rasanya. Bahagian dalam kek ini adalah coklat pejal...hummm yummyyy...dan di luarnya dilapisi dengan kek yang sangat lembut. Rasanya manis (hubby cakap manisnya just nice) dan sedikit berlemak mungkin diadun dengan butter.

Luthfil Hadi sangat suke kek ni sebab ada coklat. Lain kali ibu kirim kt sesape yang nak ke Brunei yer...


Ada nampak rupa tapak kuda tak?


Rupa jer macam tapak kuda...rasanya macam kek coklat


Sedappp...


terima kasih daun keladi...

No comments: