Saturday, September 11, 2010

Sambutan raya 2010 yang sederhana..

Tahun 2010 sekali lagi ibu beraya di rumah keluarga sebelah hubby di Klang. Tak banyak bezanya dengan tahun lepas persediaan menyambut raya, kami menyambutnya secara sederhana sahaja.

Keluarga hubby kecil jer. Kakak, hubby dan adik lelaki. Seperti kebiasaannya, juadah untuk raya bagi masyarakat di sini tak dapat lari daripada rendang, ketupat dan kari. My FIL menganyam ketupat nasi dan masak kari daging, kakak ipar pulak masak rendang ayam, daging dendeng, paru sambal dan kuah lodeh, ibu pulak masak laksa penang dan laksa kelantan.

Laksa


Kuah laksa penang


Kuah laksa lemak putih kelantan...yang ni diorang jarang jumpa.


Ulam-ulaman untuk kedua-dua laksa (laksa penang: salad litius, nenas, timun, bawang, cili merah, telur dan limau kasturi. laksa kelantan: taugeh, kacang panjang, timun, sambal belacan, daun kesum dan bunga kantan hiris)


Lemang (yang ni beli ajer...)


Paru sambal


Rendang ayam telur


Kuah lodeh putih


Ketupat nasi yang dah siap dipotong


Ketupat nasi yang baru masuk periuk. Masak selama 3 jam ya ibu2..
Ni anak ibu si Luqman join sekali tolong atuknya masukkan beras ke dalam sarung ketupat. Sekali atuk lupa nak check, bila diangkat keluar daun selai2...huhu..sib baik beberapa biji ajer..kalau tak, tetamu dijamu bubur ajer laahh...


Kari daging

Sebelum kami menjamu selera..sesi bergambar bersama keluarga. Kesian atuk kena dera..hehe
Tema kami warna biru tahun ni. Cuma Wafa jer yang ke laut sket sebab bajunya dibeli awal2 lagi. So, layannn je lah gambar yang tak sempat nak susun ni...

Selamat Hari Raya semuaaa....



Abang Long tengah mintak maap dengan ibu...huhu. Luthfil dok perati jer kat belakang ibu..


Salam dengan ayah...


"Ampunkan sayang.Selamat hari raya..."


Hubby tengah salam raya ngan ayah


My biras..Jee. Dah selamat bersalin pagi tadi


Keluarga kecilku..


Keluarga adik hubby


My beloved family dengan FIL


Keluarga kakak ipar


"Ehem..ehem...macam ngadap tok kadi ajer.."

No comments: