Sunday, September 26, 2010

Bukan main 'masak-masak'...

Entry kali ini ibu nak story tentang research hubby. Jumaat lepas hubby balik membawa sekotak besar kerja2 lab nya. Ibu ingatkan bawak balik hadiah ke apa..rupanya kerja labnya yang perlu dibuat di hujung minggu.

Biasanya hari Sabtu dia akan ke office jugak. Memandangkan Sabtu semalam ibu kerja, dan pengasuh pulak bercuti, so dia dok kat rumah ajer lah menjaga anak2.

Sejak dari semalam dia dok bertungkus lumus kung kang kung kang menumbuk sample tanah. Satu kotak tuh....Dari jauh orang dengar ingat nak buat kenduri ke haper sebab munumbuk menggunakan lesung seramik. Rupanya menumbuk tanah..huhu

Ibu nak tolong buat dia tak bagi sebab tanah tu kotor. So ibu cuma tolong hubby buat 'sampan kecil' untuk dia isi sampel nanti.

Insyaallah, by this October, selesailah dia ambil sampel kat field. Then, continue dengan kerja2 lab ajer. Kurang la sket penatnya. Sian hubby...

Sample tanah


Perlu ditumbuk halus agar senang untuk dianalisis



Selepas ditumbuk perlu diayak menggunakan tapis ni. Sama macam tapis ibu laa...boleh pinjam buat tapis tepung...hehe



Ini sample tanah yang belum ditumbuk


Tanah @ baja cacing


Sedia untuk dianalisa untuk melihat 'humid acid'


Perlu direkodkan agar tidak confius sebab sample banyak giler wehhhh...

No comments: