Wednesday, September 01, 2010

Kad Selamat Hari Raya...

Zaman sekolah dulu2, ibu banyak terima kad raya..dari kengkawan, dari orang tersayang yang paling ditunggu2. Of course la kannn...hehehe..masa tu orang tersayang dok jauh nuuunnnnn di seberang laut.

Itu masa sekolah lah.

Masa universiti pulak, walaupun selalu depan mata, kami bertukar2 kad ucapan. Bila dah kawen, pun masih bertukar2 kad. Hubby jer lah yang selalu bagi, ibu kadang..kadang...ngengenge..ye lah, ibu mana ada keluar ke mana2. Lepas kerja, amik anak terus balik ke rumah.

Eh...tahun lepas ada tak ek kad raya dari hubby? Rasa cam ader...tp ibu jer yang tak balas... hehehe.

Tahun nih ibu dah dapat kad raya. Tak lain tak bukan dari anak ibu, Luqman @ Abang long. Dia decorate sendiri kad raya nih. Dia gak yang snap gambar nih. Sibuk dia dok tanya raya tahun ni buat ketupat macam atuk buat ke tidak. Of course ler buat kalau dah balik raya ke rumah atuk kat Klang nuuu... My FIL terror buat ketupat daun kelapa nih. Sedap beb! Tak main la ketupat dalam plastik ready made tu..

Planning tahun ni nak buat laksa kelantan and laksa penang. Tahun lepas buat laksa penang jer..licin habis kena serang tak dan sampai ke petang. Banyak jugak permintaan nak makan laksa kelantan sebab orang Klang tak pernah jumpa laksa kelantan, so harap2 nya tahun ni menjadi la planning tu. Insyaallah...

Gigih buat kad ucapan nih...terharu i:)


Tapi nya 'daripada ibu'...apa2 je lah..hehe


Ketupat jantung ke ketupat bawang? Siap ukur pakai pembaris lagi tuh!

No comments: