Friday, September 03, 2010

Mee Goreng with Salad Nugget & Thousand Island...

Juadah berbuka puasa semalam ringkas sahaja iaitu mee goreng withnugget+salad & seribu pulau. Special request daripada Luthfil Hadi (walaupun dia tak pose :)

Ini kali kedua kami berbuka dengan mee. Tempohari mee tomyam, kali ni ubah kepada mee goreng lak. Hubby request nak makan mee sup, tapi ibu tak sempat nak buat sebab ada 'pembantu' kecik yang dok mengacau ibu masak...hehe. Len kali ek hubby...



Mee Goreng Ibu

Bahan tumis (blend):

1 labu bawang besar merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
2-3 sudu cili giling (puteri)

Perencah:

3 ketul isi ayam dihiris nipis
Daging dihiris nipis
1 paket fishball (belah 3 @4)
Sebiji telur
2 paket mee kuning
Sayur
Taugeh

Cara masak:

1. Panaskan minyak. Tumiskan bahan blend sehingga betul2 masak (cili giling garing)
2. Bila dah garing, masukkan sesudu gula. Then masukkan daging dan ayam. Biarkan seketika sehingga daging betul2 empuk. Then baru masukkan fishball.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap manis.
4. Masukkan garam, then sayur.Then, masukkan telur, kacau sehingga masak.
5. Basuh mee dengan air panas, toskan dahulu, then masukkan ke dalam kuali.
6. Last skali masukkan taugeh. Kacau sat, then finishhh...

Salad & Nugget


Masa ni blom letak thousand island...imagine je lah yer...


1 comment:

muzaha said...

sedap tengok pulak mee dalam gambar ni. ore rumah masak biasa je.