Thursday, September 30, 2010

Masuk hospital...

Siapa masuk hspital???? Eh...jangan salah sangka. Bukan ibu yang masuk hospital, tapi kereta ibu yang accident hari tu masuk hospital @ bengkel sebab nak repair. Punya lah berjanggut kami tunggu investigation report siap, baru beberapa hari yang lepas hubby ke JPJ Seremban untuk ambil report tu bagi tujuan claim insurans. Alhamdulillah, ibu tak kena saman tapi pihak yang melanggar didenda RM300 (menurut salinan report yang hubby dapat).

So, Selasa lepas selamatlah kereta tu masuk bengkel. Tak tahu lah berapa hari kena tahan. Harapnya cepat siap. Kesian kat hubby sebab terpaksa berkejar balik menjemput anak dari rumah pengasuh. Kadang2 malam baru sampai ke rumah. Ibu jalan kaki jer balik ke rumah sebab jarak nya dekat..seberang jalan dah masuk kawasan kediaman.

1 comment:

wanhairi said...

nk bgi pnjm BKW **** (tak ingat) pun xleh sbb guna hari2..huhu