Monday, September 13, 2010

Flu~


Malam tadi ibu tak boleh tidur...sok sek sok sek..huhu

Tekak sakit macam ada batu kerikil rasanya. Hidung lak asyik berair jer..dengan mata gatal, telinga gatal...astaghfirullahalaziimm...ujian Allah untuk ibu nih.

Semalam memang takde rehat pun. Tengahari kakak datang beraya. Just hidang nasi untuk makan tengahari sebab takde apa nak dihidang. Sebelah petang pulak, ibu buat spagethi untuk diorang sebelum berangkat pulang. Dia pun bgtau last minute nak datang, dah on the way pun. Pagi semalam ibu ada pergi ke pasar, cari ikan, hanya beberapa kedai sahaja yang ada.

Pagi ni dah masuk kerja. Dengan badan yang lemah, kepala yang berat, mata yang kuyu dan berair, hidung yang tersumbat dan sok sek sok sek...adeiii...takde moodnya nak masuk kelas.

Hubby ajak ke klinik, malas pulak nak pergi...tadi godek2 stok ubat yang bulan lepas, telan sebiji ubat demam. Mintak2 la jangan melarat sebab 1 paper midterm belum siap marking.

Ya Allah...sembuhkan lah demam ibu...

No comments: