Sunday, September 12, 2010

Salam takziah buat semua keluarga mangsa mati dibunuh...

Gambar yang dipetik dari utusan online


Berita yang ibu baca dalam akhbar mengenai kisah jutawan kosmetik, Datuk Susilawati dan rakan2nya yang mati dibunuh sangat memeranjatkan ibu. Ibu sentiasa mengikuti perkembangan semasa tentang kehilangan Datuk Susilawati, malah kadang2 ibu terfikir, apakah kesudahannya kes tersebut. Nah! Kini semuanya sudah terjawab. Kesian sangat kepada keluarga semua mangsa...anak2 mangsa yang masih kecil yang mengharapkan kepulangan orang yang tersayang.

Walaupun ibu bukanlah pelanggan produk NV, tetapi kisah hidup Datuk Susilawati bagi ibu boleh menjadi inspirasi kepada ramai orang. Bagaimana dia bermula dengan tiada apa2 sehinggalah dia berjaya menjadi seperti sekarang. Bagi ibu, dia adalah seorang entrepreneur yang sangat cemerlang.

Malangnya, kisah hidup dia berakhir begini. Bagaimana sanggup manusia yang khabarnya arif mengenai undang2 boleh bertindak sedemikian kejam. Di bulan baik, hari baik pulak tu. Tidak ada keluarga kah si pembunuh tu? What comes a round goes around...jika tidak dibalas di dunia, tunggulah diakhirat kelak..

Salam takziah untuk semua keluarga mangsa. Semoga bersabar dan tabah menghadapi ujian Allah yang maha besar ini.

Semoga mereka menerima hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan.

Al Fatihah.

No comments: