Nampaknya mood raya semua orang dah makin menebal. Jalan dah makin sunyi, parking dah banyak kosong...Nak parking tempat bos besar pun boleh...hehehe. Bos ibu yang tak sambut raya pun lebih awal cutinya dari kami yang sambut raya. Ibu masih lagi bekerja pada hari ini. Ramai gak la menegur kehairanan sebab masih nampak ibu kat office..hehehe..cam pekerja berdedikasi gitew~*sigh* (padahal cuti tadakkkk...lagipun balik Klang ajer..4 hari cukuplah kan?)
Pagi2 lagi ibu ke pasar mencari ikan untuk buat kuah laksa. Borong sakan. Semalam carik daun kesum ngan bunga kantan. Mahal 2 kali ganda dari harga biasa. Hajat hatinya nak buat laksa penang dan laksa Kelantan tahun ni. Asyik makan rendang, ketupat, kari ajer..muak tekak jugak rasa. So, apakata ubah selera sket kepada laksa yang lebih sempoi ja..apa?sempoi???huhhu..nampak jer sempoi tapi renyeh ke main. Harap2 ada la yang sudi membantu ibu di dapur nanti.
Kalau dapat window shopping malam raya best jugak. Macam yang kami buat tahun lepas. Tengah malam baru balik. Itupun kami kuar lepas ibu siap masak kuah laksa. Tahun ni ada si kecik.
Malam tadi, mood ibu nak buat kek datang lagi. Kali ni kek pisang kukus pulak. Selepas menggoogle mencari resepi, kebetulan ada pisang yang dah masak ranum terbongkang takde orang makan (budak2 tu time mintak nak pisang kemain lagi, dah beli dibiarkan gitu ajer..membazir..nak marah la nih), tu yang datang idea nak buat kek pisang pulak.
Si Luthfil pulak, tak mo makan sebab tak sama square macam yang dia selalu makan kat TASKA dia tu. Ye lah, ibu buat dalam loyang nak oiii..ader2 jer..huhu
No comments:
Post a Comment