Saturday, September 25, 2010

Cinta oh cinta...


Bercinta sememangnya indah...bulan, bintang, planet semuanya mampu dijanjikan. Mereka merasakan seolah2 dunia ni mereka yang punya. Bagi yang tidak menjaga batas2 pergaulan, lagaknya tak ubah seperti suami isteri malahan lebih teruk lagi. Tidak segan silu berpeluk-pelukan, berkucupan, berpegangan sampaikan orang yang melihat pulak yang rasa segan. Ingatan, teguran dan nasihat dah dilupa kalau dah masyuk bercinta. Kaulah segalanya...sehinggakan sanggup menyerahkan segalanya. So...apa yang tinggal apabila semua dah diberi...dirasa dan diratah sebelum tiba waktunya? Sudah tidak ada manisnya....

Realitinya, setiap pasangan yang bercinta, pasti mengharapkan ianya disempurnakan sampai ke jinjang pelamin. Namun, berapa kerat sahaja pasangan yang bercinta bagai nak rak dapat menoktahkan ikatan sehingga ke pelamin. Ada yang berjaya, namun ada juga yang terkandas di pertengahan jalan. Sebab itu kita kena selalu beringat, adakah dia yang bakal jadi jodoh kita? Sebab jodoh pertemuan adalah ketentuan Allahi.

Kadang kala perpisahan itu disebabkan oleh tentangan keluarga, campurtangan orang ketiga atau tidak lagi mempunyai persefahaman antara satu sama lain.

Perpisahan bukan hanya berlaku di kalangan pasangan yang bercinta. Pasangan yang sudah berumahtangga bertahun2 lamanya pun ada yang berpisah akhirnya. Malahan, pasangan yang sudah berkahwin, kesan dia lebih ketara kerana ianya melibatkan banyak pihak terutama kesan emosi dan psikologi kepada anak2 yang masih kecil.

Kebanyakan pasangan muda yang hangat bercinta merasakan dengan ikatan perkahwinan segalanya akan berakhir. Namun, hakikat sebuah perkahwinan itu terlalu kompleks untuk difahami. Perkahwinan itu memerlukan tanggungjawab, pengorbanan, tolak ansur, saling memahami dan komunikasi yang baik. Usia muda atau tua pun kadangkala tidak menjanjikan kejayaan atau kegagalan sesebuah perkahwinan. Ada jugak orang yang dah berumur berkahwin tetapi masih gagal mempertahankan ikatan perhubungan. Ada jugak pasangan yang berkerjaya, sama cantik sama hansem, berharta, terkenal, berkuasa dan lengkap segalanya tetapi masih bercerai berai. Isunya, adakah masing2 sudah bersedia memikul tanggungjawab? Bagaimana pula dengan ilmu rumahtangga?

Ada yang berpendapat bahawa, dengan berkahwin segalanya dapat diselesaikan. Ya, memang benar perkahwinan dapat menghalang kita daripada terjerumus ke lembah maksiat. Tetapi, dapatkah kita menjamin bahawa dengan berkahwin kita dapat mengelak daripada melakukan maksiat dengan orang lain jika kita sendiri tidak mampu menjaga diri kita sendiri???. Pokok pangkal adalah diri sendiri. Sejauh mana tahap keimanan yang kita ada. Kalau berkahwin sekalipun, tetapi gagal menahan diri daripada melawan nafsu, tujuan berkahwin itu tadi tak kemana juga akhirnya. Maka disitu bagi ibu perkahwinan bukanlah penyelesaian yang terbaik. Baiki diri sendiri terlebih dahulu. Beristighfar dan bertaubat lahh...

Percayalah..cinta yang berlandaskan nafsu tidak ke mana...cintailah hanya kepada mereka yang mencintai Allah...nescaya kau akan selamat di dunia atau akhirat.

No comments: