Tuesday, August 31, 2010

Main teka teki...

Abang Long dari malam tadi dok main teka teki ngan adiknya si Luthfil..

Abang long: Haiwan apa yang ada keris di kaki?

Luthfil: Ayam!

Abang long: Haiwan apa tulangnya satu?

Luthfil : Sotong!

Abang Long: Haiwan apa tanduknya di hidung?

Luthfil: Badak sumbu

Abang long: Haiwan apa yang janggutnya di dagu?

Luthfil: Kambing!

Abang long: Haiwan apa hidungnya panjang?

Luthfil: Gajah!

(Actually...jawapan2 tu ibu bisik kat Luthfil..tu pasal semua betul!!..ngengenge..)

Ibu: Ibu nak bagi teka teki nih kat Abang Long ngan Luthfil..

Bila dengar ibu cakap gitu, bebudak nih dah excited..

Ibu: Haiwan apa yang susah nak jumpa? jeng..jeng..jeng...

Abang long: Kuda belang

Salah!

Luthfil: Harimau!

Salah!!

Ikan, burung, gajah, ayam, penguin, zebra, kucing, monyet, cacing! Macam2 lagi nama haiwan keluar..ibu dah gelak sakit perut!

Diorang tak puas hati, pegi tanya kat ayah diorang. Then kembali dengan jawapan.

Abang Long: Ibu..ibu..dah tau daahhh...

Ibu: Apa dia?

Abang Long: Ayah cakap semut!

Hahahahaha...SALAH!!

Masing2 muka tak puas hati..kihkihkih...

Puas depa dok bodek2 ibu, apa jawapannya...yg paling lawak tengok muka Luthfil Hadi...bengang jer dia bila semua jawapan dia ibu reject.

Ibu: Nak tau jawapannya??? Hmmmm...2 singgit! (buat intonasi Mail dlm Geng: Upn & Ipin)

Lagi la budak berdua tu bengang jer...takleh nak menahan tengok reaksi muka Luthfil.

So, korang??? tau jawapannya???

Haiwan apa yang susah nak jumpa????



1 comment:

wanhairi said...

ape jwpnnyer...