Saturday, August 28, 2010

It's all about attitude...

Pagi tadi jam 8.30am ada briefing about midterm punya invigilation. Ibu kemain excited lagi attend sedangkan dewan pun belum bukak (padahal ibu baru sampai office, terus singgah kat dewan sebab malas nak patah balik..ngenge...)

Macam biasa meting nih..hanya dihadiri oleh mereka yang baik2 sahaja. Dengan erti kata lain, puak2 yang selalu buat onar time invigilation tak nampak lak batang hidung menjengah. So, membuat solution, cadangan atau kritikan pun kadang2 tak memberikan apa2 makna sebab empunya badan tu tak menghadirkan diri.

Ada sorang lecturer menyuarakan ketika puasan hati terhadap segelintir invigilator yang bertugas kerana hanya hadir 10-20 minit pertama, then menghilangkan diri. Bila waktu hampir tamat lebih kurang 10 minit, invigilator tu muncul kembali. So, bagi sesiapa yang selalu terkena duty dengan orang sebegini, memang bengang la..

So, ramai la yang memberi cadangan agar dibuat satu sistem bagaimana untuk menangani isu ini. For me, sudah banyak sistem dan peraturan yang dibuat, tetapi kalau orang tak nak ikut, tak takut, no point pun. It's all about attitude. Kalau dah itu amanah, tanggungjawab, peranan yang perlu dimainkan oleh setiap orang, tak perlu lagi nak buat sistem monitor, hukuman or what ever. You are responsible on your task. Nilai2 murni semakin terhakis dalam diri individu. Kalau setiap orang merasakan itu adalah tanggungjawab yang perlu dilaksanakan, tak perlu pun orang lain untuk memantau. Kalau semua menjalankan tanggungjawab masing2, tak perlu lagi diperkenalkan sistem yang sesuai untuk budak sekolah. Ini, sikit2 nak hukum.

Beginilah yang berlaku jika pengisian dalaman tiada. Ramai gak yang setuju bila ibu cakap agar diberi kaunseling tentang 'positive values' pada lecturer2 nih. Pihak pengurusan pulak, jgn hanya menitikberatkan external sahaja, internal values juga penting bagi memastikan nilai2 positif, semangat berpasukan dan jujur dalam melaksanakan tugas tu ada pada setiap pekerja. If employer not trust employees, who else?


No comments: