Saturday, August 21, 2010

Demam tonsil


Selepas menyiapkan beberapa kerja office yang tertangguh, ibu balik ke rumah untuk menjaga Luthfil sementara hubby ke masjid untuk solat Jumaat. Badan still lagi rasa seram sejuk dan tekak ibu sakit sangat. Hubby ajak ke klinik, tapi ibu tak larat nak bangun. Ibu tidur mati tak sedar2 sampai lah kol 5pm.

Oleh kerana klinik panel office ibu tutup pukul 4.30pm dan bukak semula pukul 7pm, lepas solat maghrib, kami anak beranak bergegas ke klinik kat Mantin. Menurut Dr. Thomas, tonsil kat tekak besar dan sangat teruk. Suhu badan 38.6 darjah Celcius, itu yang menyebabkan ibu rasa sakit2 sendi dan seram sejuk. Ibu dok takutkan kena denggi atau demam virus sebab student2 ibu dah ramai yang kena. Even ada 1 kematian disebabkan denggi kat kediaman ibu.

Dr. Thomas juga menyarankan agar tonsil tu dibuang kalau ianya kerap berulang. Banyak jugak lah nasihat yang diberikan, tak boleh makan makanan pedas, berminyak dan panas. Eskrem boleh makan.

Selain daripada bekalan ubat2an, ibu jugak turut di inject antibiotik kerana bengkak di leher sangat teruk.

Hari ini sepatutnya ibu MC, tapi datang office jugak sekejap sebab student ibu ada test. Terpaksa gagahkan diri walaupun berjalan pun terhuyung hayang.

No comments: