Wednesday, August 25, 2010

Luthfil on vacation...

Semalam giliran hubby yang menjaga Luthfil. Semasa berbuka puasa, hubby suruh Luthfil citer kat Abang Long ke mana dia pergi seharian hari tu. So, dia pun berceritalah....

"Saya pergi UPM, JUSCO, KFC!" Perghhhh...berangin kawan tu dengar pergi KFC ngan JUSCO. Dah la tu, bawak balik fries yang dah lemau dan tak mau dia makan. Hubby citer, masa kat JUSCO hubby ada masuk ke kedai CD kononnya nak cari CD GENG, tapi tak de di jual. Makanya terlihat lah dia mainan dan jam. Beli la jam lagi satu. Ahad tu dah beli 1 jam masa ke Giant. Biasa la jam cap ayam, pakai sekejap dah kong. Ni tak tahu bertahan berapa lama, tengoknya tak pakai pun, mula2 jer excited lepas tu merata di campaknya. Budak2...

Ibu tanya Luthfil, kat UPM Luthfil buat apa. Then, dia cakap; saya tengok nyamuuukkkk...banyak nyamukkkkk.. kakakaka..nih mesti kat projek research kolam cacing hubby. "Cacing pun sy tengok, cacing makan daun"...

Hari ini pulak hubby ke Melaka ngan FIL menguruskan hal EPF arwah Abang Enal. Luthfil pun ikut sekali pergi makan angin...makan angin kuar asap. Harap2 tu dia okey dan tak cepat boring.

No comments: