Tuesday, August 24, 2010

SABAR episod 2...

Banyak story nak citer...tapinya bila dah berada di depan komputer, semua berterabur idea lari entah ke mana, zero!

Mata ngantuk, badan letih. Ibu tak cukup tidur sebab malam tadi Wafa berjaga malam lagi. Hidung pulak sok sek sok sek (nangis pun yer...huhuhu..) Badan ibu letih sesangat, dah baper hari tak masuk nasik dalam perut ni sebab tekan ni tak boleh nak terima...rasa payau semacam. Bukan pegnen occay~

Semua baju2 ibu dah abis longgar penangan demam tonsils tu. Berat ibu drop lagi kepada 51.7kg. Harap2 mesin tu tak tipu la (ibu bayar 40sen tau! cekik darah btol mesin timbang tuh). Lepas ni boleh cari baju saiz S la..hehehe.

Kenapa ek semalam ibu penat? Oh yaa...semalam pagi datang office. Lepas punch in ibu settelkan kerja sikit then pukul 9am balik ke rumah menjenguk Luthfil kat rumah sensorang. Ingatkan dia dan bangun tidur rupanya masih terbongkang lagi. Risau gak kot2 dia bangun melalak sensorang atau terjun kat balkoni tu.

Nak mandikan dia sikit punya payah pepagi. Ku pujuk2 cara elok tak dapat, ku angkat masuk bilik air ku jirus mandi. Abis cerita. Pandai lak dia marah ibu...huhu

Lepas menyuapkan dia makan, ibu bawak dia datang office. Melayan si Luthfil ni memerlukan skill yang tinggi dan tahap kesabaran yang tinggi. Silap haribulan sabar anda terjatuh lagi. Sebab benda2 kecik pun ada kena particular apabila berhadapan dengan budak kecik yang bijak berkata2. Fuh!!

Tekocoh2 ke kelas kat tingkat 2. Ibu dah standby bawak laptop kot dia nak tengok Geng Upin dan Ipin. Kesian jugak tengok dia menapak dari satu tangga ke satu tangga. Baru je ibu start lecture, dia dah mula berbunyi, merengek nak tengok Geng. Ibu on laptop dan biarkan dia menonton sementara ibu habis kelas.

Lagi setengah jam nak pukul 1pm, dia pun mula lah...boring lah, ajak balik lah, lalat gigit kepala dia lah, nak terkencing lah...adoiiiii....sabar buuu....

Tak lama lepas tu dapat SMS dari pengasuh yang memberitahu beg petang sekolah agama takde. Lepas hantar barang ke office, bergegas balik ke rumah mengambil beg sekolah agama Luqman dan keluar untuk menghantarnya. Oleh kerana Luqman belum keluar sekolah pagi lagi, ibu ke Mantin dulu untuk isi minyak, on the way balik terserempak dengan Luqman kat tepi jalan nak naik van sekolah. Ibu amik dia dan balik ke rumah.

Balik ke rumah dah dekat kol 2pm. Hubby dah sampai kat rumah untuk jaga Lutfil pulak. Lepas rehat sekejap dan solat, ibu bersiap untuk hantar Luqman ke sekolah agama petang. Then terus masuk office. Pi mai pi mai..dah pukul 4pm, pegi kelas pulak.

Habis kelas pukul 5pm. Ada lak pulak beberapa student datang jumpa, sembang punya sembang dah pukul 5.30pm. Bergegas lak balik nak pegi jemput anak pulak. Singgah sat nak beli lauk berbuka untuk hubby dan Luqman. Dah dekat pukul 6pm, lauk2 berkuah semua dah habis. Beli kueh ajer ngan goreng paru.

Sampai ke rumah dah pukul 6pm. Lepas mandi dan solat Asar, bersilat pulak masuk ke dapur. Sempat la masak sayur campur, telur dadar dan ikan duri masak taucu. Nak buat sambal keli tak dan dah. Lauk Luthfil lak takde lagi..baby dah mula merengek2 nak menyusu sebab baru bangun tidur.

Lepas siap masak, melayan baby Wafa pulak. Kemudian lepas maghrib, ibu sambung ke dapur menyiapkan lauk Luthfil pulak. Then suapkan makan dia.

Sedar tak sedar jam dah pukul 9pm lebih. Badan dah letih semacam...bestnya kalau ada orang tolong picit belakang dan kaki. Luqman lak ada ujian bulanan bermula semalam. Then, tengok2 buku latihan dia, tanya dia lebih kurang, semak buku aktivity. Bila ditanya boleh jawab tak, memanjang jer kata boleh..senang jer..ewah...kemain lagi. Kalau tak dapat kekalkan gred macam exam lepas, siap ler awak..

Lepas solat, pukul 11pm mata pun dah layu. Masuk bilik nak tidur, si kecik pulak tak mau tidur nak main.

Sudahnya...MAHKOTA kesabaran ibu pun jatuh terpelanting jugak di tengah2 malam buta malam tadi. Angin Laut China Selatan datang singgah sat...bila dah badan penat tapi takde orang timbang rasa tentang keadaan kita, maka mulalah ibu rasa dot dot dot....yeaahhhh...akak pun tahu marah jugak yer..ater tak paham2...dapat 'buta kayu' sebijik. Lepas tu baru lah ibu dapat tidur lena sebab terasa ada jari2 jemari memicit tapak kakiku...huhuhu...thanks hubby!

Sebelum tidur tu sempat hubby hulur pil selsema pada ibu. Masa tu dah pukul 2am kot. Sudahnya ibu tidur mati langsung semua tak makan sahur! ngengenge...


sabaaarrrrrr........

1 comment:

QERY HASAN said...

Sama laa..i pun xsahur ...2 hari tak sedar...huhu