Monday, August 09, 2010

Pengurusan kewangan rumahtangga

Kerapkali kita mendengar keruntuhan rumahtangga yang berpunca daripada masalah kewangan. Ibu tak pasti dari segi statistik terkini, tetapi ibu berpendapat bahawa faktor kewangan merupakan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada krisis rumahtangga. Banyak duit/harta pun boleh bercerai berai apatah lagi yang tak berduit dan berharta.

Di awal perkahwinan antara 1-5 tahun merupakan tahun2 yang amat mencabar. Tahun selepasnya jugak mencabar, tetapi gelombang diawal perkahwinan tu ibarat 2 makhluk asing yang berasal dari planet yang berlainan berada di dalam sebuah kapal menuju ke suatu destinasi yang jauh. 2 makhluk asing ini akan mencari keserasian dan sebolehnya akan memberikan yang terbaik untuk memastikan destinasi yang hendak dituju itu terlaksana. Actually, destinasi kita adalah penghujungnya 'kematian'. Yang menjadi persoalannya, mampukah kita mengharungi dugaan, ujian dan cabaran sepanjang perjalanan sebelum sampai ke destinasi yang hakiki itu? Tepuk dada tanya iman...hendak mengemudi dan berjuang bersama2 atau membiarkan pasangan kita sahaja yang terkapai-kapai kelemasan?

Huh! Panjangnya intro ibu..

Actually nak citer perihal menguruskan kewangan dalam rumahtangga. Ibu bukanlah pakar dalam pengurusan kewangan, I'm not a financial counselor neither professor! But i believed, thru experienced, nothing impossible. Nak ngan tak nak jer..

Normally, impian setiap pasangan yang baru berkahwin adalah membina keluarga 'bahagia' atau keluarga sakinah. Impikan yang indah2...makan pakai cukup, tempat tinggal selesa, boleh bershoping bila2 masa dan apa sahaja, makan angin sekali sekala dan macam2 lagi lah. Hidup berdua katakan..

Kalau dah biasa hidup mewah, berbelanja mewah, perbelanjaan melebihi pendapatan, maka time tu lah masalah datang. Ingat tenang ke hidup dikelilingi hutang? Tak dinafikan, dunia sekarang ni kalau takde berhutang, memang pelik la. At least hutang ansuran kereta, ansuran rumah, hutang pinjaman belajar dsb. Tapi ada jugak orang yang diberi rezeki murah bilamana rumah disponsor, kereta disponsor waima nak kawen pun disponsor, waima makan minum dan segala bagai ditanggung..tapinya masih jugak lagi berhutang piutang sebab PEMALAS!!

Udah..melalut kali ke2...

Kisah ni kisah benar, berlaku pada keluarga belah hubby. Alkisahnya, lelaki ni (H) dah kawen 2 tahun lepas, dah punya sorang anak lelaki, dan isterinya F bakal melahirkan anak kedua bulan September nanti.

Semalam ibu baru tahu cerita yang diawal perkahwinan dulu, H yang beriya2 nak show off pada kuarga isterinya bahawa dia mampu memberikan kemewahan kepada isterinya setanding kuarga F berikan. Menurut cerita kakak, kuarga F hanya menetapkan mas kahwen/hantaran sebanyak 5k sahaja kerana itu adat kuarga mereka. Tapi konon nak tunjuk banyak duit, dia dengan rela hati nak bagi 10k.

Masa tu memang rasa banyak duit. Serba serbi nak bagi yang mahal2, tapinya banyak barang dibeli secara hutang. Tak pasti hutang kedai atau hutang guna kad kredit. F pun tak kalah jugak, melaram baju dan handbag yang branded2 dan mahal2 tentunya. Tak main la handbag cap ayam atau tudung pasar malam tu. Apa kelasss...

Tak lama lepas kawen, diorang beli kereta persona. Masa tu H dah ada kereta kelisa. Ibu hairan jugak...banyak duit diorang yer.. Takde lah jeles sebab mungkin itu rezeki diorang. Macam kami ni, pakai apa yang rasa kami mampu, buat apa nak menunjuk2 kat orang atau nak mendengar kata orang sebab yang menanggung hutangnya kita. Kami lebih suka mengukur baju dibadan sendiri..bukan badan orang lain. Kalau orang nak mengata, alah.bukan mati pun naik keta kecik, janji kepala tak serabut, hati tenang..

Tahun pertama kawen, H dan isteri dikurniakan anak lelaki. Masa tu mereka menetap kat rumah ayah H. Rupanya selama ni, ayah yang selalu menjadi tempat H mintak duit. Selalu keputusan duit sampai nak isi minyak kereta pun takde duit. Tak tahu bagaimana dia membelanjakan duit gajinya. Padahal isterinya juga bekerja.

Rupanya, selama ni hanya H yang membayar segala bagai bil tanpa bantuan isterinya. Dia cakap malu nak mintak bantuan dari H. Demi nak menjaga airmuka sendiri, dan kononnya mampu hidup mewah, acapkali jugak ayah, abang dan kakaknya jadi mangsa tempat pinjam duit.

2,3 kali boleh la orang tolong..tapi dah acapkali orang pun meluat jugak. Tak nak tolong adik sendiri. Apabila dinasihati agar mengubah cara berbelanja dan cuba bawak berbincang dengan isteri, H melenting tak nak terima cadangan orang.

Sekarang ni dah 2 bulan persona tak bergerak sebab tak boleh nak renew roadtax, ada saman sebab accident tahun lepas. Kelisa pulak buat hal. Kami terfikir jugak, kenapa tak dijual jer salah satu kereta. Lagipun dia yang menghantar dan menjemput isterinya ke tempat kerja dan balik kerja.

Sejak sebulan lepas, H dan mula pindah masuk rumah sendiri. Bila dah duduk rumah sendiri, pandai2lah manage rumahtangga. Asalnya mereka mengajak ayah untuk menetap bersama, tetapi oleh kerana terlalu banyak peraturan yang perlu diikut, so, ayah membatalkan niatnya untuk menetap bersama anak bongsunya. Masa duduk kat rumah ayah pun dah banyak caturannya, inikan pulak duduk rumah orang. Anak2 lain nak menjenguk ayah pun tak selesa kalau ayah duduk situ, better dok rumah sendiri sukahati nak buat apa.

So, moral of the story, berbelanjalah secara berhemat. Belanja apa yang perlu dan bertolak ansur suami isteri. Suami pulak jangan ambil kesempatan mentang2 la isteri bekerja...sekali sekala kena jugak hulur duit atau belikan baju baru dan seumpama dengannya. Ramai suami2 sekarang yang take for granted bila isteri ada kerjaya sendiri. Walaupun isteri bekerja, nafkah kena bagi jugak. Isteri pun jangan la mintak benda yang diluar kemampuan suami..agak2 laa..







2 comments:

Shah Scander said...

lebih kurang sama dgn crita belah ayah saya.. sampai kena black list pun ada.. dua2 beradik pulak tu.. suami isteri pun sama.. zaman sekarang org x pandai manage kewangan.. lebih2 lagi orang lelaki.. kalau lelaki dah x pandai manage duit, yg perempuan mmg akan sama terikut.. moga semuanya tak berlaku pd diri kita..insyallah

QERY HASAN said...

Harap2 xde laa pasni org yg mengajak aku gi bank tiap2 minggu...