Sunday, August 29, 2010

Special delivery...

Hari ni pagi2 lagi ibu kejutkan hubby untuk ke pasar pagi di Beranang untuk mencari ikan patin. Dari last week lagi ibu memang dah berhajat nak masak ikan patin masak asam rebus tempoyak istimewa untuk adik ibu..saper lagi kalau bukan adik kesayangan ku itew Wan Mohd ZulQhairi.

Harap anda dan rakan2 anda menikmati masakan ku yang tak seberapa tu yer. Kalau terkurang garam atau terkurang masam, pepandai la adjust sendiri..hehehe..maklumlah main agak2 jer campak garam dan segala bagai ke dalam periuk tu. Pose kannnn...Itupun mulanya nak goreng lauk sampingan macam sayur kailan dan ikan masin bulu ayam (ko tak kenal ehhh...), tapinya kelam kabut ngan si kecik tu yang nak tidur.

Kebetulan hubby nak ke lab hari ini..so, memang rezeki u olls la yer. Plus upah jadi RA bidang terjun tempohari.

Actually last week dia nak datang rumah ibu dengan kengkawannya, tapi memandangkan keadaan ibu dan anak2 yang tidak mengizinkan, so hasrat tu terpaksa dilupakan dulu. Maybe lepas ni boleh la ibu jamu kengkawan awak yer..hehehe..

Adik ibu ni suka sangat makan daun kesum ngan bunga kantan. Apa2 jer masakan yang ada 2 benda ni dia suka makan. Faveret dia ikan singgang. So, kalau dia mai umah ibu, memang sebolehnya ibu akan masakkan makanan kegemaran dia. Kalau dia tak mai, alamatnya memang ibu tak buat la ikan singgang tongkol tu sebab ibu sorang jer yang makan. Hubby tak makan ikan tongkol sangat sebab dulu dia ada resdung yang teruk. Ibu pun ada jugak resdung tapi ibu makan jer....hehehe

Okey lah...layan gambor ikan patin masak asam rebus tempoyak.

p/s kepada adikku, balik raya nanti kalau ada tempoyak, jgn lupa mintak yer...stok kat rumah ai dah habis ler...


Selamat menjamu selera!


Hati2 makan, jangan sampai tercekik tulang!


Agak2, sempat wat sahur tak...huhuhu..

3 comments:

wanhairi said...

Nanti masak ikan masak pindang lak... yg ni xyah guna ikan tongkol.. huhu... best ikan masak pindang ni...

Farra Dhelina said...

owhhh sedapnyaa

WanShila said...

farra: mkn ikan sungai tak?try la masak...sonang jer buat nyer..

Chik: Insyaallah...buat ngan ikan tenggiri segar pun sodap!