Tuesday, August 31, 2010

Sampan kecil...

Ini bukan bekas kuih ye kawan2...

Anak-anak ibu panggil benda alah ni 'sampan kecil'. Inilah kerja ibu dan anak2 kalau ada kelapangan waktu di rumah. Membantu hubby membuat sampan kecil untuk mengisi sampel research hubby. Bukan sampel kuih ye cik kak...hehehe..

Ibu jadi tukang lipat, kemudian Abang Long akan membentuknya menjadi segiempat. Walaupun herot peot, tapi usaha membantunya harus dipuji..huhu..melentur buluh biarlah dari rebungnya kannn.

Tahun ni kami sekali lagi beraya di Klang. Ini dah masuk tahun kedua kami beraya di Klang. Selalunya petang raya pertama kami dah balik ke Mantin.

Raya tahun ni tak balik pun sebab hubby kena ambil bacaan sampel researchnya kat UPM. Walaupun UPM cuti, tapi research hubby tak cuti...*sigh*. Apa nak buat...bersusah2 dahulu, bersenang2 kemudian. Mintak2 la tahun ni tak pergi Melaka...malas betul nak jenjalan kalau anak tak sihat.

Selain ibu yang tak balik kampung, Cekna jugak tak balik sebab sedang menunggu hari nak bersalin. Insyaallah, kami pergi beraya kat rumah korang ehhh..kalau ada tapai pulut best gak..kuikuikui..

Sampan2 yang dah siap dibentuk sedia untuk diangkut ke lab


Senang jer buatnya..


Sesape yang dok kat asrama yang takde pinggan nak isi lauk, boleh guna sampan ni sebagai pinggan...hehehe..untuk lauk kering jer...yg berkuah kang lencun pulak!


1 comment:

wanhairi said...

beda ni laa yg i duk gunting hari tu kan.. sampan ni laa yg i duk mengatur dan memasukkan tanah dlm smapan stiap hari ahad.. huhu..