Monday, August 02, 2010

Chicken pox..

Luqman tak ke sekolah hari ni..kena chicken pox since last Saturday lagi. Gamaknya 2 minggu baru sembuh.

Nak kata banyak tu rasanya belum menyeluruh lagi, tapi dah mula nampak putih2 especially area perut. Ada kat muka, dada dan paha 2, 3 biji. Suruh minum air kelapa dia buat deek jer. Susah kemain lagi.

Macam2 petua yang pengasuhnya bagi..tak boleh itu tak boleh ini. Bila ibu citer kat hubby, dia gelak jer.

Orang kata bila kena chicken pox, tak boleh menggoreng atau menumis dalam rumah. Masalahnya kat bawah rumah ibu tu ada gerai budak2 tu yang every night akan bukak gerai menjual makanan bergoreng.

Semalam ibu goreng ayam...hambat dia masuk bilik berkurung kat situ.

Dek kerana Luqman ni jenis yang liat nak minum air kelapa, pagi tadi hubby suruh ibu buat sup ayam bagi dia makan. Kakak cakap, kalau bagi makan sup ayam, chiken pox tu akan senang kuar melata.

Nak EL, malas nak berganti kelas!


1 comment:

QERY HASAN said...

rasenye saya lom pernah naek lagi... mintak2 la xakan naek benda ni...