Monday, August 23, 2010

SABAR...

Semalam pagi ibu berkesempatan mendengar tazkirah "Tanyalah Ustaz". Dah separuh jalan baru bukak. Tak ingat apa nama ustaz tu tapi best jugak lah dengar sebab diselang selikan dengan lawak bermakna. Tajuk tazkirah tu adalah "Tanah Haram & Ramadhan".

Antara perkara yang ibu ingat dalam tazkirah tu adalah tentang erti KESABARAN. Menurut ustaz, SABAR itu bermaksud KEMATANGAN AKAL dan HATI. Bermaksud, sabar itu bukanlah ertinya kita pasrah, pasif dan menyerah macam tu jer. Tapi sebenarnya kita kena fikir tentang hikmah yang tersembunyi di sebalik sesuatu kejadian. "Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada HIKMAHNYA yang tersembunyi. Allah tidak melakukan sesuatu dengan sia2. Kita sebagai manusia perlu muhasabah diri dan berfikir tentang sesuatu kejadian itu. Mungkin baik bagi kita sekarang, akan datang belum tentu lagi. Sebab tu kadang2 apabila kita berdoa nakkan A, kadang2 Allah terus bagi A, tapi ada jugak orang yang doa A, Allah bagi B.

Biasanya kalau ada rancangan best2 kat TV, ibu akan share ngan kakak yang tinggal kat Penang. Dia pun ada pernah mendengar tazkirah tentang maksud SABAR. Menurutnya, letakkan SABAR itu sebagai MAHKOTA.

Namun SMS malam tadi membuatkan ibu rasa nak tergelak pun ada...huhu

"MAHKOTA SABAR ku terjatuh tengahari tadi...."

Adat la tu....asam garam hidup berumahtangga...bak lagu P. Ramlee dan Saloma.

SABAR ye kakakku sayang...hehehe....

Lagu ini kutujukan buat mu, jangan marah no!

Sedangkan lidah lagi tergigit,
Apa pula suami isteri,
Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Apa guna kita bertengkar
Suami isteri harus bersabar

Kasih sayang rukun dan damai
Hidup seperti dalam mahligai
Maaf hamba wahai dinda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi

Suami isteri mesti sepakat
Rumah tangga mendapat berkat

Apa guna selisih faham
Kalau kini aman tenteram
Pohon amun wahai kanda

Buang yang keruh ambil yang jernih
Baru teguh peribadi....









2 comments:

wanhairi said...

Await plak.. huhuuuhu.. gado2 manje xpe..

WanShila said...

adat la tu...maklumlah..lelaki dan pomp kan dari planet berbeza..mana mungkin tak terjentik, tak tersentap, tak terrrrsssoundddd!!!

huhu...