Hari ini ibu nak bercerita tentang 'Work-life balance'. Ewahhh...macam kuliah OB pulak..ahaks~
Bagi sesiapa yang backgroundnya OB, tentunya arif apa itu yang dimaksudkan dengan istilah 'work-life balance'. Work-life balance adalah situasi di mana seseorang itu perlu bijak membahagikan masa di antara 'kerja' (career) dan 'kehidupan' (pleasure, leasure, family time etc). Tidak dinafikan, kita memerlukan kerja untuk meneruskan kelangsungan hidup. Kalau tak bekerja macamana nak beli food, bayar ansuran, insurans kesihatan, bil2 dan segala mak nenek perbelanjaan. Everything is money!
Eventhough...walau sehebat manapun kerja kita, sesibuk mana pun kita, sebanyak manapun gaji kita, kita memerlukan 'life' yang 'hidup', iaitu nak enjoy, nak spend masa dengan family, nak bersosial dengan kaum keluarga, sahabat handai, nak shopping, nak bercuti dan macam2 lagi lah..sesetengahnya pakai duit jugak tu kan..
Okey...bagi sesetengah orang yang 'money is everything' inilah yang jenis tak reti nak seimbangkan di antara kerja dan kehidupan. Especially majikan2 yang jenis kuku besi yang tak memahami bahawa their employees also need their right to spend time with their families and friends on weekend! We're normal human yang memerlukan 'kehidupan'. Kita bukannya robot nak memperhambakan diri sepenuhnya kepada kerja. Kalau kerja tu perlu 2 hari untuk settle, jangan lak paksa diri dan settlekan dalam masa sehari. Itu bodoh namanya. Time management kena bijak. OB lagik!
Bukan semua orang pandang duit adalah segalanya. Ada orang lebih mengutamakan cuti untuk spend masa dengan yang tersayang. So, offer lah berapa2 pun, orang tak mau. Tapi bagi sesetengah orang yang nakkan duit dan perlu duit, yes, you bagi jer kerja apa, anytime dia akan buat.
This time, not happen to me la coz i'm not involved with UEL and Conventry programme. But those lecturer yang mengajar UEL and Conventry, they all need to come to work on Saturday and Sunday for this week to settle the assignment and coursework for the whole year. Yang lagi lawaknya, lecturer yang dah completed pun kena paksa wajib datang jugak. Maunya tak mengamuk, dah la paksa orang datang kerja hari cuti, dah siap kerja pun kena datang jugak, kan ke ngeng namanya. And the management just give them replacement leave. Itupun hanya 1 hari jer.
Itu cerita pertama. Cerita kedua berkenaan dengan tempoh singkat yang diberikan untuk marking paper exam. Biasanya lecturer diberi tempoh tiga hari untuk marking paper tersebut tidak kiralah dia ada 3 student, 30 student atau 300 student pun. Bagi lecturer UEL pulak, selepas lecturer marking the paper, they need to submit to second marker. Second marker juga diberi tempoh 3 hari untuk semak semua paper.
Okey..bayangkan seorang lecturer mengajar 3 atau 4 subjek yang berbeza, kolej yang berbeza dan program yang berbeza. Bukan hanya dia kena marking paper exam, dia juga adalah second marker kepada subjek lain/lecturer lain. Dalam masa yang sama, dia kena prepare question paper midterm untuk subjek lain dan kena masuk kelas bagi program lain yang sedang berjalan.
Jadi, di manakah work-life balance dia sebagai seorang pekerja dan juga manusia biasa. By hook or by crook you must settled it on time. Even orang yang buat sistem ni pun tak paham apa2. Yang buat peraturan ni pun bukannya orang yang pernah mengajar pun..of course bukan di kalangan lecturer.
That why lah it still happen....if you cannot survive, you quit!
Me??? Do as I can do...as long as i can do, i do...no hal laa...benda2 yang boleh diignore, ignorekan ajer, as long as jgn kacau kerja i...hahahaha..Kalau dulu boleh la stay sampai kol 6,7pm and sometimes bawak balik kerja ke rumah. But now I have family untuk diberi perhatian especially baby. Masa kat rumah, ibu milik mereka.
Datang kerja kol 8am, balik kol 4.30@5.00pm. Nak suruh stay lelama, mintak maap le..i ada family. Kater work-life balance kan!!!!
Familiy is everything...yang lain2..."ader aku kesahhhh......"
No comments:
Post a Comment