Thursday, August 19, 2010

Luthfil and chicken pox...

Kali ini giliran Luthfil Hadi pulak yang kena chicken pox. Awal bulan tempohari, abangnya yang kena. Yang sadisnya lagi, chicken pox Luthfil ni berkali ganda banyaknya berbanding yang Luqman dulu. From top to toe. Bijinya besar2 dan melata seluruh badan.

Now, ibu kat rumah....cuti emergency menemankan Luthfil. Dah masuk 2 hari tak pergi kerja. Soalan midterm belum submit kepada HEA. Harap2nya esok dapat settlekan semuanya. Kelas pun banyak perlu diganti.

Luthfil start kena CP hari Ahad lepas. Hari Isnin dan Selasa tu ibu on off ke office, bawak dia skali ke office, ibu just masuk kelas jer., bila takde kelas ibu balik ke rumah. Tapi bila tengok demam dia semakin teruk rasa tak sampai hati pulak nak heret dia ke office. Melepek jer kat rumah, tidur. Sesekali dia mengadu sakit, dia cakap macam ada tajam2 kat dalam mata, kat tangan, rasa pasir kat tekak, macam2 lagi laa..ibu dengar pun sedih..kalau boleh biarlah sakit dia tu dipindahkan pada ibu..tak sanggup nak tengok dia merintih.

Orang kata bila kena chicken pox, tak boleh menggoreng atau menumis dalam rumah sebab akan membuatkan orang yang kena chicken pox tu gatal2. So, time nak menggoreng atau menumis tu, ibu suruh dia masuk bilik atau turunkan langsir dapur. Time Luqman dulu, takde lak nampak dia menggaru.

Harap2nya jangan la lepas ni kena kat Wafa lak. Tunggu dia besar sket baru kena. Dan semoga anak2 ibu sihat2 semuanya...


Rupa budak bintat, day 2.
Tiap2 hari menuntut janji kat ibu ngan ayah untuk dibawa ke JJ, ayah cakap kalau rajin makan ubat dan dah baik dari CP, ayah bawak pegi JJ.


Daun semambu ni amik kat Klang...buat alas tidur dan mandi


Pokok semambu banyak ditanam kat rumah orang India untuk tujuan perubatan.

1 comment:

Shah Scander said...

mata dia mcm bengkak jerrr....

p/s: org kate setiap orang mesti akan kena demam campak sepanjang hidup dia sekurang-kurangnya sekali......