Friday, August 13, 2010

Kisah Luqman yang berpuasa..


Tahun ini merupakan tahun pertama Luqman berpuasa. Pada 1 Ramadhan, Luqman berjaya bangun sahur (siap tambah nasi lagi!) dan menyempurnakan puasanya sehingga waktu berbuka. Sempena menyambut 1 Ramadhan, sekolah agama petang cuti. So, semasa kat rumah pengasuh dia tidur jer sepanjang hari. Bila time berbuka, 2 pinggan nasi licin! Juadah berbuka puasa hari pertama adalah rendang daging, singgang ikan tongkol, fatt choy sos tiram, dan ayam goreng.

Sahur malam kedua, Luqman bangun jugak. Makan tak bertambah. Menu ayam goreng dah jadi kategori wajib. Kali ni dia nak makan dengan kicap. Ok, layan jer lah walaupun dia tu sebenarnya baru baik dari demam chicken pox.

Masa tengah bersiap nak ke sekolah, dia berbisik pada ibu..."Saya tak nak puasa la hari ni...". Pelan2 jer dia cakap sambil buat muka sedih. "Nape tak nak puasa? Tadikan dah makan sahur? Lagipun kat sekolah tu bukannya ada makanan orang jual kat kantin. Aman puasa jer dulu..kawan2 Aman semua puasa kannn?". Bila ibu cakap macam tu dia diam jer.

Semalam pulak ada kelas agama petang. Masa ibu pegi jemput kat rumah pengasuh, semua tengah terbongkang tidur. Bila sampai jer kat rumah, Luqman menonong masuk terus menuju ke dapur. Ibu masa tu masih kat depan pintu. "Aman cari apa tu?". Dia tak jawab, senyap ajer. Then, dia nampak ada botol air masak dia kat atas meja, terus dicapainya dan terus sedut air tu sampai habis. Terkedu ibu tengok sebab dia takde cakap apa2 pun. Masa tu dah dekat kol 6pm.

Then, lepas minum air masak tu, dia masih melepek lagi tidur kat depan tv. Yang si Luthfil pulak dok mengangkut aiskrim la dan yogourt dari peti. Dia pun apalagi..dah berbuka kann..join the club laa..berjemaah mengerjakan eskrem tu.

Time berbuka tu, ibu cakap kat Luqman. "Cuba Aman tengok kawan2 Aman yang takde duit nak beli makanan tu, kesian diorang lapar. Mak ayah diorang miskin, takleh beli makanan, takde nasi nak makan. Yang kita ni sampai membazir berlebih makanan. Sebab tu kita kena berpuasa, supaya kita dapat rasa macammana orang miskin berlapar".. (ibu tak tahu lah dia boleh paham ke tidak apa yang ibu cakap, budak tuh memang takde respons, pendiam)

Then, hubby menyampuk; "Kalau Aman puasa, bila raya nanti rasa best jer...Dapat duit raya pun best jer". Kami memang tak janji pun kat dia kata nak bagi duit setiap kali dia berpuasa. Biar dia puasa sebab kehendak dia sendiri, bukan sebab nakkan duit.

Sahur pagi tadi, dia culas nak bangun, tapi lepas kena paksa ngan hubby suruh makan, barulah dia makan. Ayam goreng dengan telur dadar wajib ader time sahur. So, tadi dia makan ayam goreng dan telur berkuahkan sup dan juga kicap.

Tak tahulah hari ni macammana pulak. Mintak2 jangan lah muncung macam selalu. Ibu selalu pesan pada dia, orang berpuasa mesti banyak sabar, tak boleh marah2. Nanti hilang pahala puasa.

Ye lah..dah namanya budak. Dia pulak jenis yang suka makan. Luthfil lak dok asyik menggoda makan kat depan dia, mana tak bergegar pose dia. Tengok makan sweet pun boleh buat terliur.

So, untuk juadah berbuka hari ini, insyaallah kalau sempat nak buat ikan siakap bakar cicah air asam, terung masak lemak putih, ayam goreng, sambal belacan, ulam kacang botol.

Kepada Erie, jom bukak puasa kat Hotel Sri Cempaka hari ni. Tadi kat pasar kita ada beli mangga telur. Betik semalam pun belum makan lagi. Jambu merah yang beli semalam tu memang mavelous laaa...sedap sangat. Nanti bila awak datang, kita beli lagi.


5 comments:

QERY HASAN said...

Tragis sungguh!!! Hari ni kelas habis kul 7..lagi tragis!!! huhuhu... xsempat beli mknan ni.. hehe

[tErOmPaH bIrU] said...

hehe.. menu ayam goreng pun kategori wajib kat rumah Along.. tak de yang lain tak per.. tak de ayam goreng mesti adik2 tanya ;D

terung masak lemak putih tu cammane yerk?.. cam best jer :)

WanShila said...

Along, masak lemak putih tu sonang jer buatnya, blh ler try buat..lagi best kalau ada ikan masin...sambal belacan @ budu dan ikan bakar. Hmmm...mak mertua lalu pun tak sodar.

Nanti kita balik snap gambar dan bg resepinya...hehehe

WanShila said...

Erie,

Amende ler lecturer wat kelas sampai kol 7..ntah2 kol 6 dah blh chow. Lecturer tu tak pose ke..ke dia minum air masak jer...

takpe kar lambat pun..awk kan dah ada 'kuda' utk ditunggang.

QERY HASAN said...

kuyup tadi basah balik kelas.. mujuq ada org tawarkan nak beli mknan utk i.. cepat2 gi ambik award kat belog saya..tempek kt blog awak ni.. huhu... tolong laa rajen2 gi blogwalking kt belog org lain... saya nyer nuffnang dah rm11 lebih.. huhu..