Saturday, July 31, 2010
Invitation for evaluation presentation...
Friday, July 30, 2010
Puasa..
Thursday, July 29, 2010
Lentoks~
Wednesday, July 28, 2010
Ya Al-Lughatul Arabiahhh...
Monday, July 26, 2010
Picnic @ BUkit Ekspo...
Saturday, July 24, 2010
Umai
Piknik
Friday, July 23, 2010
Puisi yang puitis...
Dan Maha Tahu,
DariMu datangnya pasang surut,
Lautan jiwaku
Sebentar tenang,
Tetapi sering gelora tak menentu…
Wahai Tuhanku, tunjukilah aku
Jalan-jalan menuju keredhaanMu
Jalan yang lurus bukannya berliku
Aku sedih Engkau hiburkan
Aku susah Engkau senangkan
Engkaulah tujuan perjalanan
Tumpuan segala harapan....
Engkau sahaja yang aku cintai
Kepada Engkau aku menyerah diri
Buat Engkau segala puja dan puji
Hidupku, Matiku
Ibadah dan pengabdianku
Hanya untukMu Tuhanku!
Matikanlah aku sebelum mati
Meskipun badan masih tegap
Tetapi perasaan sudah kembali
Aku berjalan sudah penat
Pimpinlah aku ke jalan dekat
Dalam keredhaanMu yang penuh nikmat.
Thursday, July 22, 2010
ikan ayam...
Wednesday, July 21, 2010
raya
Tuesday, July 20, 2010
Edisi salin dan tampal...
Kesan ketara meritokrasi ke IPTA
rencana@utusan.com.my
HEBOH seketika dulu apabila jumlah pelajar wanita ke insititusi pengajian tinggi (IPT) bagi sesi kemasukan 2009/2010 mengatasi pelajar lelaki. Daripada 40,366 calon yang ditawarkan mengikuti program ijazah pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bermula Jun lalu misalnya, 65 peratus atau 26,200 orang daripada mereka ialah pelajar wanita.
Namun, ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana sejak beberapa tahun kebelakangan ini, trend pelajar perempuan mendominasi IPT sudah menjadi sesuatu yang biasa. Ia turut berlaku di kebanyakan negara apabila kebanyakan wanita hari ini mempunyai akses yang sama rata kepada sistem pendidikan.
Tetapi ada perkara lain daripada jumlah pengambilan pelajar baru ke IPTA di negara ini yang sepatutnya lebih mendapat perhatian. Secara komposisi kaumnya, daripada jumlah keseluruhan pelajar ke IPTA sesi kali ini, sebanyak 27,829 orang adalah calon bumiputera. Seramai 10,116 orang pula merupakan pelajar kaum Cina manakala selebihnya iaitu sebanyak 2,421 terdiri daripada pelajar kaum India dan kaum lain.
Pada dasarnya, kemasukan pelajar bumiputera masih tinggi berbanding pelajar bukan bumiputera. Tetapi apa yang tidak kelihatan ialah bagaimana pecahan sebenar komposisi pelajar itu jika dilihat daripada kaedah kemasukan iaitu berdasarkan prinsip meritokrasi?
Sejak 2003, pengambilan pelajar ke IPTA tidak lagi berdasarkan kuota yang mana 55 peratus tempat diperuntukan kepada bumiputera manakala 45 peratus yang lain kepada bukan bumiputera. Sebaliknya, kerajaan memperkenalkan prinsip meritokrasi yang membuka peluang sama rata kepada pelajar pelbagai kaum berdasarkan kemampuan pelajar.
Ketika diperkenalkan, sistem meritokrasi antara lain dirujuk sebagai satu bentuk pengajaran kepada kaum bumiputera supaya tidak mensia-siakan peluang pendidikan yang telah disediakan oleh kerajaan. Dengan pelaksanaan itu juga, para pelajar akan dipilih berdasarkan 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum.
Pemilihan itu pula dibuat oleh sebuah badan yang ditubuh khas iaitu Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (yang dahulu dikenali Unit Pusat Universiti atau UPU). Ketika peringkat awal pelaksanaannya, kemasukan pelajar bumiputera ke IPTA dicatatkan sebanyak 68.9 peratus. Ia memeranjatkan banyak pihak terutamanya mereka yang menentang pelaksanaannya kerana bimbang sistem itu akan dibolot oleh pelajar bukan bumiputera yang diketahui lebih pandai dan cemerlang.
Rekod penguasaan pelajar bumiputera itu terus dipertahankan untuk tahun-tahun berikutnya iaitu 62.6 peratus pada sesi 2003/2004 dan 63.8 peratus pada 2004/2005. Bagaimanapun selepas kira-kira lapan tahun pelaksanaannya, jumlah pelajar bumiputera itu menunjukkan perbezaan yang sangat ketara.
Tahun ini, iaitu bagi pengambilan pelajar sesi 2009/2010 yang bermula Jun lalu, jumlah pelajar bumiputera yang layak berdasarkan prinsip meritokrasi dikatakan hanya sebanyak 26 peratus sahaja. Bakinya iaitu 74 peratus tempat yang lain, dibolot oleh pelajar-pelajar bukan bumiputera.
Meskipun fakta ini tidak didedahkan oleh agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam urusan pengambilan pelajar ke IPTA, namun ia mempunyai asas yang kukuh untuk diyakini.
Ini bermaksud, apa yang dibimbangi oleh banyak pihak sebelum ini mengenai akan berlakunya tempat yang dibolot oleh pelajar bukan bumiputera menjadi kenyataan.
Asas kebimbangan itu sebenarnya sangat jelas kerana pelajar bukan bumiputera mempunyai kelebihan dari sudut pencapaian akademik kerana beberapa faktor. Antaranya kerana kedudukan ekonomi mereka yang lebih baik yang membolehkan pelajar bukan bumiputera mendapatkan pendidikan tambahan di luar sesi persekolahan.
Malah, ada yang mampu mengupah guru persendirian khusus untuk mengajar anak-anak mereka secara peribadi. Sudah semestinya, keputusan peperiksaan mereka jauh lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar bumiputera yang rata-ratanya hanya bergantung kepada pendidikan asas di sekolah biasa.
Ketidakadilan itu lebih dirasai oleh pelajar-pelajar di luar bandar yang mana akses mereka kepada pendidikan tambahan lebih terhad. Belum pun satu dekad prinsip meritokrasi itu dilaksanakan, jurang antara pelajar bumiputera dan bukan bumiputera yang layak ke IPTA sudah kelihatan begitu besar.
Tidak mustahil, tiada lagi pelajar bumiputera yang layak ke IPTA berasaskan sistem merit sekiranya dasar ini dikekalkan untuk satu jangka masa panjang. Kerana itu adalah wajar bagi kerajaan mengkaji semula dasar ini dengan mengambil kira survival pendidikan tinggi bumiputera.
Perkara ini bukan tidak disedari oleh pihak kerajaan kerana khabarnya, kerajaan terpaksa menambah bilangan pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) bagi mengimbangi jumlah pelajar bumiputera dan bukan bumiputera di IPTA.
Ini kerana UiTM ketika ini merupakan satu-satunya universiti khusus milik bumiputera dan tidak mengamalkan sistem merit sepenuhnya dalam pengambilan pelajar. Akan tiba masanya, UiTM juga tidak lagi mampu menampung lebihan pelajar berkenaan dan ketika itu, ke mana pelajar-pelajar bumiputera akan ditempatkan?
Soal menjamin pendidikan kepada bumiputera adalah sesuatu yang jelas dalam Perlembagaan dan menjadi tanggungjawab kerajaan. Tidak perlu ada rasa bersalah dalam memastikan bumiputera mendapat kelebihan kepada akses pendidikan yang sempurna termasuk di peringkat pengajian tinggi kerana itu merupakan hak mereka.
Sementelah, kaum bumiputera juga berdepan dengan persekitaran yang tidak adil untuk diajak bersaing secara terbuka menerusi pelaksanaan prinsip meritokrasi. Ini kerana mereka tidak berkemampuan untuk ke sektor pengajian swasta seperti kaum lain sekiranya gagal ke IPTA kerana kos pengajian yang terlalu tinggi.
Kaum bukan bumiputera pula seharusnya sedar bahawa sistem kuota yang dilaksanakan sebelum ini tidak sedikit pun menafikan hak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA. Dengan komposisi kemasukan pelajar mengikut kaum yang terlalu kecil, kuota 45 peratus yang disediakan kepada bukan bumiputera ke IPTA masih meninggalkan baki yang tidak dipenuhkan.
Selain itu, mereka juga disediakan beberapa buah universiti khusus untuk kaum tertentu yang dananya disalurkan oleh kerajaan. Sebagai contoh Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR), Universiti Terbuka Wawasan, Kolej New Era dan beberapa universiti lain. Begitu juga dengan lambakan universiti dan kolej universiti swasta yang majoriti pelajarnya terdiri daripada bukan bumiputera.
Dalam erti kata yang lain, kaum bukan bumiputera sebenarnya tidak mempunyai banyak masalah untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi di negara ini meskipun ketika amalan kuota diguna pakai.
Malah jika faktor itu juga diambil kira, kita akan menyedari bahawa kaum bumiputera sebenarnya berdepan dengan peluang yang sangat terhad untuk mendapatkan pendidikan tinggi. Sekiranya keadaan ini dibiarkan berterusan, bukan hanya kekuasaan ekonomi yang akan terlepas daripada tangan kaum bumiputera. Malah kita juga akan kekurangan kumpulan cerdik pandai yang akan menguruskan negara pada masa depan.
Monday, July 19, 2010
Tragedi
Saturday, July 17, 2010
It's just mathematic!
Friday, July 16, 2010
Stay up lagi~
Thursday, July 15, 2010
Nak ke tak nak?
Wafa yang suka kacau orang tidur...
Wednesday, July 14, 2010
just brief...
Saturday, July 10, 2010
I have a dream...
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I have a dream, a fantasy
To help me through reality
And my destination makes it worth the while
Pushing through the darkness still another mile
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream
I have a dream, a song to sing
To help me cope with anything
If you see the wonder of a fairy tale
You can take the future even if you fail
I believe in angels
Something good in everything I see
I believe in angels
When I know the time is right for me
I'll cross the stream - I have a dream
I'll cross the stream - I have a dream
Friday, July 09, 2010
Walker
We miss you very much...
Thursday, July 08, 2010
Hot balloon...
Wednesday, July 07, 2010
"Longraje" yang ngeng!
Itu lah yang berlaku pada ibu petang semalam. Ibu cukup tak suka kalau orang mesej / YM tapi tak perkenalkan diri..lepas tu nak main2 pulak. So, lepas makhluk yang menggelarkan diri dia "longraje" tu jawab "hamba yang faiq lagi hina..." ibu pun reply.."bagus lah kalau sedar diri...". Then, terasa pulak dia siap bagi tazkirah kat ibu macam2..Eh2..dah ko yang terjah aku tak tentu pasal, ko pulak yang bengang apasal??
Lepas tazkirahnya yang panjang lebar tu, ibu reply "Wahaaaiii manusia yang hinaa..apa motif mengganggu saya petang2 ni?...(dah tadi dia ngaku hamba yang hina..). Lepas tu dia macam bengang siap sebut syeikh2 dia tak pernah ngaku kata makhluk yang mulia. Udah ke situ pulak perginya.
Memang la kita manusia di sisi Allah adalah insan yang hina, tapi ibu takde la bermaksud nak pertikaikan 'siapa kita disisiNya'...Ish..masa nih ibu dah siap parking tepi...dan ibu reply "Sori la, saya tak berminat nak kenal dengan manusia yang hina yang tak tau asal usul macam org takde tamadun nih.."
Lepas tu dia marah ibu kata macam2..then last ibu balas "dah awal2 tadi ngaku insan hina, marah pulak..memang xtau awk nih saper. org tanya sape xmo ckp..bkn sy yg kacau awk.."Awak nampaknya yg kena banyak BERTAUBAT..Len kali bagi salam, perkenalkan diri..tak tau adab ke? cakap bukan main, benda basic pun fail!".
Terus dia sonyap tak reply.
Puas hati!
Tuesday, July 06, 2010
The power of internet...
You're the first!
Monday, July 05, 2010
Mee Wantan @ Aini's Cafe with frenz..
bon voyage..
Semenjak 2,3 hari lepas, kami dok berbincang tentang bagaimana dia nak ke airport. Time nak pergi takde masalah sebab hubby ada. Time nak balik, ibu sorang2 bukannya tahu jalan. Huhu..macammana nih.
Malam tadi ibu call pengasuh. Husband pengasuh bawak limo LCTT. Tapi memandangkan ibu bagitau lambat dan dia terpaksa ke sekolah anaknya di Port Dickson, so terpaksalah ibu cari alternatif lain.
Called sorang akak nih, ofismate. Dia pulak ada kelas jam 2pm-5pm. Nak temankan ibu boleh, tapi kena keluar awal dalam 12.30pm. Risaunya hubby yang tak dapat tepati masa. Kena melangut lama kat airport la gamaknya. Flight kol 4.30pm kalau tak silap.
Sat tadi ibu tanya sorang ofismate, lelaki. Dia cakap no problem sebab takde kelas petang ni. Tapi ibu tak ikut menghantar la sebab takkan balik nak berdua2an pulak kan...hehe
Kalau tak menjadi jugak 2 alternatif di atas, terpaksa lah ibu gamble redah jer hantar dan balik sendiri. Agak2 tak sampai2 menjemput anak, pengasuh cakap, faham2 sahajalah. Pasukan rescue akan dihantar menjemput ibu.
Bukannya ibu tak pernah ke airport yang hanya mengambil masa 30minit dari rumah tu, tapi ibu tak berapa menghayati jalan2 sepanjang perjalanan pergi balik airport tu oleh kerana selama ni hanya dok sebelah driver jer!
Nak menjemput hubby balik dari Bintulu nanti lagi kalut. Flight arrival kol 8.30pm!
Bon voyage hubby...