Thursday, July 22, 2010

ikan ayam...

Malam tadi konon2nya ibu tak nak masak sebab ada pasar malam kat kolej. Keluar dari office pun dah agak lewat, so bila tak masak boleh la ibu bersantai melayan Wafa. Kesian dia tiap2 petang menangis bila ibu kat dapur.

Tengah dok landing berehat, ibu tanya kat budak berdua tuuu.."malam ni nak makan nasi ke tak nak?" Elok jer serentak mereka berdua tu menjawab; "naaakkkkkk...".

Ish...malam sebelum tu ibu masak kemain lagi, korang tak mo makan. Malam ni korang nak mintak nasik pulak. Hajatnya ibu nak pesan kat hubby jer untuk belikan nasi ayam (untuk mereka berdua) dan nasi ambeng untuk hubby, beli kat pasar malam jer. Hubby lak dok menyebut2 nak makan nasi ambeng. Selalunya kami beli satu bungkus dan share jer sebab sebungkus pun dah banyak. Dalam nasi ambeng tu ada nasi, bihun goreng, ayam rendang/ayam masak kicap/ayam masak merah, kacang goreng + tempe, sambal kelapa goreng dan ikan masin. Harganya cuma rm5.

Sudahnya ibu masak jugak bila ada permintaan dari Luthfil yang nak makan ikan ayam. Malam sebelum tu dia dok asyik suruh ibu masak ikan ayam tu, tapi disebabkan ibu dah masak lauk lain, so ibu tak buat la. Kalau masak ikan ayam tu, alamatnya tak laku lauk lain.

So, menu cincai2 semalam...sambal ikan ayam @ sardin cap ayam, bebola daging halia dan kangkung goreng. Ibu on diet...tak mau makan nasi waktu malam. Nak turunkan berat lagi 2,3kg. Now 53kg!




No comments: