Thursday, July 08, 2010

Hot balloon...

Hari ni dah masuk hari ke 3 hubby di Bintulu. Dah bermacam2 soalan yang ditanya oleh anak2ku semenjak mereka menyedari yang ayahnya lama tak balik (lama kee..baru 3 hari!). Yang paling tak tahannya apabila mereka bergabung menanyakan soalan2 tentang pemergian ayahnya.

Luthfil: Ibu, ayah pegi mana tak balik lagi.
Ibu: Ayah pegi kerja la sayang.
Luthfil: Tu keta ada, ayah tak bawak keta pegi kerja?
Ibu: Ayah tak bawak keta, ayah naik belon.
Luqman: Ha? Ayah naik belon? Macam 'hot balloon' yang Mr. Bean naik tu yer ibu? Yang kuar api2 tu ke ibu?
Ibu: Hmmm..ye kott.. (cuba mengingati episod mana Mr. Bean ada naik hot balloon)

Lepas tu senyap sekejap. Then, sambung lagi..

Luqman: Bila ayah balik bu?
Ibu: Ayah balik Isnin minggu depan...malam..
Luqman: Isnin tu esok eh ibu?
Ibu: Isnin tu minggu depan, lepas hari Ahad. Esok baru hari apa...

Selang beberapa minit, Luqman tanya lagi..

"Ibu, ayah balik Hari Rabu ehh..."

"Eh Aman nih..kan tadi ibu ckp hari Isnin, nape Aman cakap hari Rabu pulak."

Dia dah mula terkebil2. Ibu diam jer malas nak panjang citer. Kang sorang lagi bergabung tanya yang bukan2, apa nak kelentong lak.

Pagi tadi semasa hantar Luqman ke sekolah, sempat lagi dia tanya..."Ibu, nape ayah naik hot balloon?.

Adoiiii...dia ingat lagi perbualan pasal hot balloon tu rupanya. Ibu balas, "Ye la..ayah pegi kerja jauh, sebab tu kena naik hot balloon'.

Ayah pegi keja jauh ke bu? Kat mana bu..?

A'ah..jauh, ayah pegi Bintulu. (Ibu tak berani nak cakap pegi Sarawak, sebab tahun lepas kami dah penah pegi dan dia tahu kalau ke sana kena naik kapal terbang, so bila cakap Bintulu, dia tak tahu tang mana)

Then, dia sambung lagi..."Ayah naik hot balloon yang ada api,api, yang warna biru tu eh...

Ibu jawab, Tak laa..bukan warna biru, warna merah ngan putih (mintak2 jgn la dia imagine psl flight AirAsia!)

Semalam pun dah melompat sakan bila ibu bagitau diorang yang mereka akan dibawak ke airport menjemput ayahnya balik hari Isnin nanti.

Pagi tadi ayahnya bagitau mungkin tumpang kawannya sampai kat Nilai, dan mintak ibu amik kat Tol Nilai jer...

Alhamdulillah...ibu pun bukannya expert memalam nak drive nih dengan bawak budak bertiga tuh.






No comments: