Bila dah 3 kali terjatuh, ibu dah takut nak letak dia dalam tu lagi. Tambah pulak, bila kat dalam walker, kaki dia terpaksa dibengkokkan sebab walker tu rendah sikit berbanding dengan tinggi Wafa.
Nak dijadikan citer, lunch hour tadi ibu ngan sorang budak opis ke Giant. Tak sempat masuk Giant pun, ibu nampak ada Butik World of Cartoon yang dibaru bukak dan dlm promotion lagik. Hmmm...moh ler jenguk sat, tengok kalau2 ada baju cantik dan murah.
Tengok punya tengok, ibu tertengok la walker 2 in 1 nih. Fungsi dia 2 dalam 1 iaitu sebagai walker dan juga untuk belajar berjalan. Hmmm..harganya not bad lah jugak after promotion. Dalam hati nak beli ke tak nak beli...sebab budget yg cikai2 jer. Tapi tengok harga lebih kurang jer yang lain2 pun, ibu decided why not amik yang 2 in 1 nih. Tapinya kena dptkan approval dulu nih. Lalu ibu menghantar MMS kepada hubby. Bagus kan teknologi skrg, bukan hanya dpt info bertulis tapi siap ngan gambar lagik. Manager tuh siap buat demo lagi.
Tak lama lepas tu, ibu dapat green light. Hoyyeeee..lepas nih ibu dah boleh solat, mandi dan masak dengan tenang tanpa menjerit2 kat Abang Long suruh jaga adik.
Yang bestnya, ibu siap mintak diorang pasang terus walker tuh sebab ibu tak reti nak pasang sendiri. Nasib baik muat masuk dalam keta.
No comments:
Post a Comment