Hahahaha...nampak sangat selama nih ibu selalu datang lambat ke office. Actually takde la lambat sangat, kol 8am jugak. Tapi diorang yang lagi awal datang daripada ibu. Tu yang nampak macam ibu datang lambat. Cecece...cover2.
Risau gak kot terlewat nak hantar Luqman ke sekolah. Malam tadi ibu masuk tidur awal menidurkan Wafa. Dalam kol 10pm ibu terjaga bila terdengar bunyi bising kat luar. Rupanya Luthfil tengah main. Ingatkan main dengan Luqman atau tengok kartun, rupanya main sensorang. TV terpasang, TV1 siaran wawancara. Eh, takkan budak ni excited tgk wawancara kot. Genius anak ibu! Nampak dia masih segar bugar belum mahu tidur, ibu pesan kalau nak tidur nanti off kan TV. Sebelum ibu masuk ke bilik semula, dia mintak nak makan roti cokelat pulak.
Kebiasaannya hubby yang menghantar Luqman ke sekolah sementara ibu setelkan Luthfil dan Wafa. Kali ni hubby takde, so ibu la yang kena mengangkut semua sekali. Nasib baik Wafa belum bangun time ibu bersiap. Agak susah nak buat kerja kalau Wafa bangun sebab Wafa dan pandai merayap.
Selepas menghantar Luqman, ibu bergegas menghantar Luthfil dan Wafa ke rumah pengasuh. Luthfil akan ke tadika dengan kawannya.
Tiba di office, ibu mesej hubby. Kol 6.30am tadi dia dah sarapan. Mak aii...awalnya...Hubby cakap, berjanggut nak tunggu kol 8am nak masuk lab dan jumpa pensyarah, Dr. Osu bagi memulakan eksperimennya. Ye lah, kol 6.30am tu dah terang benderang. Best jugak ek stay sana..pepagi takde la kelam kabut macam kat sini. Boleh lenggang kangkung pegi opis. Kalau rajin, boleh buat nasik goreng lagi untuk sarapan!
Tapi untuk nak berhijrah menetap di sana..hurmmm..let me think first...kureng sket kottttt...kenapa??? old storyy...
1 comment:
dpt anugerah laa pasni...anugerah staff cemerlang
Post a Comment