Wednesday, July 21, 2010

raya

Kawan dah banyak kali tanya jadi tak nak jual kuih raya tahun nih. Entah laa...macam malas pulak nak pikir pasal jualan. Semalam pun dah ada yang bertanya. Kadang2 last minute decision.

Dah banyak tahun ibu involved dalam bisnes menjual kek lapis dan biskut raya. Frankly speaking, bukan ibu yang buat..ibu tolong jual ajer..huhuhu..lepas la duit kuih 5, 6 bekas. Kalau tak jual kena kuar duit lain pulak kan.

Tahun ni pun tak sure nak balik raya ke mana. Tengok keadaan dulu. Cuti pun tarak...duit tu cam biasa la. Lagi pulak sekarang nih kena pikir pasal nak pakai banyak duit bayar lawyer. Bulan 10 insyaallah kami pindah masuk rumah..kalau takde aral melintang la..insyaallah.

Baju raya??Hmmm...kami sempoi jaaa...ada baju raya ke takde baju raya, hari raya tetap berlalu macam tu jugak. Wafa pun masih ada beberapa helai baju baru yang belum dipakai. Makcik2nya belikan baju bersaiz budak umur setahun, so pakai jer la yang mana ada. Tak baik membazir kan??

P/s: Ke arah langkah berjimat cermat...subsidi makin kurang, bermakna harga yang perlu dibayar makin bertambah.



2 comments:

Kanda said...

kalu tak silap tahun lepas saya pernah beli tat nenas kak la. Boleh tahan sedap. hehehe

WanShila said...

tahun nih mcm takde semangat nak berbisnes jer..bizi dong!