Okey, sambung citer pasal sign agreement semalam. Bila kami sampai kol 3pm tu, puan lawyer belum masuk opis lagi. So, menunggu gak la dlm 20 minit kot.
Then, setelah diexplained serba sedikit pasal progress perjanjian tu, ibu ngan hubby mula menyain. Huhu...banyak jugak dokumen yang perlu di initial. Sedang khusyuk menenyeh helaian demi helaian, tetiba vendor (Mr Bernard) called ibu. Apa hal lak apek nih nak.
Mulanya dia cakap ngan ibu, then hubby mintak ibu passed kat lawyer tu. Apa2 hal biar Mr Bernard tu citer kat lawyer (bayar memahal kena la buat kerja ekk..hehehe)
Ingat tak dlm entry lepas yang ibu cakap psl vendor ni. Puan Ida (lawyer) ni pun agak pening dibuatnya. Puan Ida citer, ini kali kedua dia berhadapan dengan situasi yang sama. Dulu ngan Melayu.
Alkisahnya begini..
Masa mula-mula rundingan kami nak beli rumah dulu, vendor nak jual rumah tu dengan harga RM1*5k. Then, ibu jumpa bank officer R*B, En. Zam, bagitau yang vendor bagi harga tersebut. Selepas permohonan pinjaman, kami masih lagi mintak vendor turunkan harga rumah. Then, dalam tempoh seminggu dua cam tu la, loan ibu lulus. Cepat dan effective sungguh!
Nak dijadikan criter, ibu jatuh sakit dan masuk wad penghujung bulan April. Masa kat dalam wad tu, ibu dapat called dari isteri Mr. Bernard, Bee. Diaorang setuju untuk bagi less 2k. Alhamdulillah..
Awal Mei, ibu dihubungi untuk menandatangani offer letter. Ibu ingat lagi masa tu 7 Mei, hari Jumaat, 2 minggu lepas kena operate, ibu terkedek2 jalan masuk jumpa pegawai bank ngan hubby.
Actually Mr. Bernard dan isteri sangat baik. Orang church. Jenis yang berpegang kuat dengan agama. Masuk je rumahnya, penuh ngan kata2 nasihat ditampal di dinding rumahnya. Rumahnya jugak bersih dan kemas jer...Kalau tak silap pandangan ibu, kat rumah dia tak ada tv pun. Yang ada hanya piano dan radio jer. Even anak2 dia, isteri dia yang mengajar sendiri mengikut silibus US. Silibus apa ibu tak sure la pulak. Bila bercakap, very soft spoken. Masa isteri Mr. Bernard bersalin anak dia yang terbaru ni, dia hanya bersalin kat rumah. Diorang nih ada support team yang akan datang time nak bersalin tu...main muzik dan menyanyi time sakit tu. Even ada nurse yang disediakan oleh church mereka. Ibu cam pelik jugak bila dengar sebab sekarang nih jarang orang bersalin kat rumah.
Dah melalut ke lain pulak ibu citer. Back to the story.
So, bila ada perbezaan loan ngan harga sebenar, otomatik dlm S&P agreement jugak tertera harga asal sebab agreement kena ikut offer bank. Yg jadi isunya di sini ialah, mereka tidak setuju dan mahukan harga yang sebenar tertera dalam S&P. Ibu mention pada lawyer, lawyer cakap takde masalah nanti dia akan buat tambahan kepada agreement tu yg menyatakan harga sebenar. Penjual tak perlu nak risau sebenarnya sebab loan tu antara kami dengan bank. Lagipun memang kami kena bayar balik pun, bukan dapat free cam tu ajer. Kalau stick nak harga asal tertera dalam S&P, boleh, tapinya kena buat application baru la, mula dari awal balik..wasting time! Dulu depa jugak nak cepat, asyik call kami tanya about the progress. Alahai pakcik nih....
So, semalam Mr Bernard tu cakap ngan ibu bagitau cadangan dia. Cadangan dia cam nih.
- Jumlah 90% loan yang diluluskan diserahkan semua kepada dia (sepatutnya ada balance 2k)
- kami bayar balance 10% (2k dah bayar as a booking/predeposit)
- Lepas dapat semua payment, dia akan pulangkan balik 2k.
Camner??? Kelakar tak?
Seperti kata hubby. It's just mathematic!
Kami ikut jer rentak mu wahai Mr. Bernard and Mdm Bee as long as you stick to your promised!
No comments:
Post a Comment