Si Wafa Aleesya stay up lagi malam tadi. Kali ni dia up lagi 2 jam. Kalau malam sebelumnya dia main sampai kol 2am, malam tadi dia main sampai jam 4 pagi!! Aduhai anak ibu...orang lain semua nak membuta, awak sensorang nak main. Dah kena marah ngan ayah pun dia masih tersengih2 lagi.
Ibu memang penat giler semalam. Dah ler sampai ke rumah dah agak lewat, mana nak masak untuk bukak puasa lagi, mana nak melayan dia lagi, mana nak mandikan dia lagi. Lepas mandikan dia, sudahnya dia meneman ibu kat dapur walaupun sesekali kedengaran dia merengek mintak didukung. Huhu..tak kuasa nak melayan permintaan dia, kereta kebal memahal ibu beli tuh, bila nak guna kan? Duduk je dendiam kat dalam tuh yer.
Hubby sampai ke rumah lepas maghrib. Kira awal la dari kebiasaan yang lambat tu...hehehe. Lepas mandi, solat, ibu minta hubby suapkan bubur Wafa. Wah! Ingatkan tak habis, skali tengok licin! Hubby heran tengok anaknya macam kelaparan jer macam orang tak makan seharian. Perut pun kempis jer. Ibu bagitau, memang kat rumah pengasuh, pengasuh tak suapkan bubur sebab tangan dia belum sembuh naik bisul di lengan. So, dia hanya bagi minum susu yang dicampur dengan nestum sahaja. Selalunya ibu yang bekalkan bubur.
Lepas makan, lebih kurang jam 9.30pm, Wafa dah mula mengamuk nak tidor. Ibu bawak dia tidurkan kat bilik kononnya tak nak bg dia terjaga, memang ngantuk habis la tuh. Tup2 kol 11pm camtu ler..dia bangun. Time tu kami semua dah nak tidur. Dia lak bangun dengan mata yang segar dan ready to kacau orang yg nak tidur.
Layan punya layan dia merayap, jam dah cecah kol 1am. Sempat ibu kuar tengok movie seram kat HBO sampai kol 2am. Then, perap dia dalam bilik, dia dok kacau ayahnya yang dok sok sek sok sek selsema. Kol 3am, blom tidor jugak. Ayahnya terjaga, bawak dia ke ruang tamu, masukkan dalam walker. Tak lama, nangis lak tak mo duduk dalam tuh.
Sejam lepas tuh, ibu kuar tengok diorang. Ayahnya dah terbongkang tidor, yang dia dok tersengih2 main botol air abang ngah.
Sudahnya kol 4 pagi baru dia lelapkan mata.
Nasib baik la hari ni takde kelas. Kalau minggu depan buat cam gini jugak, maunya sakit dok menahan ngantuk kat kelas. Bila ibu ngantuk, ibu takde mood nak bercakap...mood nak tido jer.
No comments:
Post a Comment