Semalam ibu puasa. Puasa ganti tahun lepas yang berbelas hari tinggal. Insyaallah, semoga ibu diberi kesihatan yang baik untuk mengqhada' puasa yang tinggal beberapa hari sahaja lagi.
Menu berbuka puasa semalam sempoi jer. Tak dan nak ke pasar beli lauk. Hubby tanya nak makan kat luar ke sebab takut ibu penat kalau nak masak. Penat tu memang penat, tapi lebih suka makan kat rumah. Lagipun malasnya nak keluar kalau dah masuk ke rumah. So, masak jer apa yang ada kat dalam peti. Rupanya masih ada beberapa ketul ikan patin ibu simpan balance tempoh hari. Tengok kat box, ada tak bunga kantan..ada! cantik!! So, ikan patin masak asam tempoyak la malam nih.
Maunyer ada orang kat K6 yang meleleh tengok ni...hehee
Feveret hubby...tauhu goreng. Kalau rajin, selalunya buat tauhu sumbat kat dia. Semalam tak sempat buat, so sumbat jer dalam mulut terus..huhu...
Sayur goreng
7 comments:
macam sandwich je yg tawhu tu
gerun tgk sayur goreng tu.. macam banyak cili je... ( que a.k.a wan suka cili potong!)
cili tak pedas punnn...
rupa jer..maybe sebab bentuk segi tiga
wahhh.. membuka selera ya sungguh juadah masakan Wan tu :)
tauhu goreng tu peberet along gak.. kebetulan semalam along pun berbuka puasa dirumah dengan tauhu goreng, labu kuning tumis belacan dengan ikan kelapa goreng. pergghh.. nikmat sungguh menikmati juadah setelah berpuasa seharian kannn ;D
Kenapa la saya ni jenis yg tak suka makan yg nama tauhu,yong tau fu, tau fu fa, tosei, (satu lagi mknn org jawa, lupa nama yg buat smbal tu..) ...kuew teow kung fu je sy suka...hehehe
tempe!
Air tauhu, isi tauhu best aper..
Tauhu (tahu) takper!!...hehehe
haaa...tempe..baru ingt...hehhe..
Post a Comment