Monday, July 26, 2010

Picnic @ BUkit Ekspo...

Akhirnya tercapai juga impian kami untuk berpiknik beramai2 di Bukit Ekspo, UPM petang semalam. Orang agak ramai sebab kebetulan ada pertandingan memancing terbuka anjuran Kolej 16 kalau tak silap. So, sedang diorang memancing, kami dah siap mengadap nak makan.

Pepagi lagi ibu keluar ke pasar mencari ikan patin. First time nih ke pasar Beranang drive sendiri. Ibu pun dah lama tak menjejakkan kaki ke Pasar Beranang ni semenjak ada si kecik Wafa tu. Ibu ajak Luqman untuk meneman, dia pun rajin jer offer untuk bawak barang yang ibu beli.

Keluar rumah ke pasar dalam 8.10am, sejam lebih gak la dok berpusing mencari bahan2 masak. Sampai ke rumah dah pukul 9.45am. Setelkan Wafa, baru boleh masuk bersilat ke dapur.

Luthfil lak sekejap2 datang kacau ibu kat dapur.. "Jommm la ibu kita pegi picnic"...

Budak nih..Ni yang maleh bocor rahsia awal2 nih. Puas kita cakap tunggu ibu siap masak tapi tak paham2. Ibu lak masak cam kartun nak cepat siap sebab Cekna jadi join, tapinya kena keluar awal sebab cik abang dia kerja shift petang. So, by 11am, ibu dah siap masak.

Kami sampai ke UPM lebih kurang jam 12.55 tengahari. Sampai jer, hubby terus cari port nak bentang tikar dan dirikan khemah Luqman & Luthfil.

Wafa dah terlentok masa on the way ke UPM


Muka confius baru bangun tidur


Rombongan sampai...hehe..


Mak buyung..insyaallah this coming September.


Bila dah cukup korum..apa lagi...ngap jer la sebab masing2 dah kelaparan sampaikan ibu pun lupa nak snap gambar makanan.

Pencuci mulut lak buah rambutan dan manggis. Dah bertolak ke UPM baru Hubby perasan yang dia lupa nak bawak durian. Mmmm...makan jer lah apa yang ada.huhuhu..

Cekna and family berangkat balik awal, tinggallah ibu, KakTie, Naim, Erie, Luqman, Luthfil, Wafa dan Neesa kat situ. Hubby lak pergi lab jumpa supervisor dia. Orang yang datang memancing pun dah beransur pulang. Ingatkan nak lepak2, golek2 kat bawah pokok tuh sebelum balik tapinya tak kesampaian sebab hujan mula menitik turun.




Boss dah panggil daaa....

Teresek si jantung pisang from Kak Tie


Patin masak asam tempoyak & ikan masin by ibu, sambal bilis, ikan rebus by Kak Tie. Actually banyak lagi food yang dibawa, tapi ini jer yang sempat snap.

Baby kailan sos tiram by ibu

Tuan rumah


Neesa and her mom


Time ni dah licin! Tinggal kak tie sedang menikmati juadah tengahari.


Pertandingan memancing dah sampai ke penghujungnya..tengah announce pemenang


Bizi man...len kali kita wat BBQ ek!


Small tent..muat2 bontot jer..huhu


Bapak buah and anak buah


Milik siapakah kaki ini?


Peminat Hafiz AF7~(rambut je laa..)



Wafa with ibu


Abang Long yang heppi tak hengat sampai tak mau join makan


Time to go home my dear!


Insyaallah, lain hari dan masa, kita tukar menu lain pulak yer! BBQ and spaggeti. Hmmm...yummyyyyy!

3 comments:

[tErOmPaH bIrU] said...

tu diaaa!! pertama kali la (gambo clear) along nampak tuan punyer blog nie.. si wafa tu memang ikut comel ibu nyer lahhh :D
best nyer pegi picnic camnie.. makanan pun macam2 ade.. nenggok jer automatik perut langsung terasa lapar hehe..

Kanda said...

que a.k.a wan ada bawak balik ikan patin tu..dapatlah rasa secubit dua..hehe

WanShila said...

Along: hehehe..ya ka..kena rajin explore posting2 yg dulu2..hehe

comel?hahaha..comot jer;)

p/s: ada fb tak?

Kanda: len kali kalau ada rezeki akak masak patin dan kirim kat korang semua. Q tu haa..bz memanjang takde masa nak balik mantin.