Petang ini hubby akan berangkat ke UPM Bintulu, Sarawak. Hubby akan berada di sana selama seminggu sehingga Isnin.
Semenjak 2,3 hari lepas, kami dok berbincang tentang bagaimana dia nak ke airport. Time nak pergi takde masalah sebab hubby ada. Time nak balik, ibu sorang2 bukannya tahu jalan. Huhu..macammana nih.
Malam tadi ibu call pengasuh. Husband pengasuh bawak limo LCTT. Tapi memandangkan ibu bagitau lambat dan dia terpaksa ke sekolah anaknya di Port Dickson, so terpaksalah ibu cari alternatif lain.
Called sorang akak nih, ofismate. Dia pulak ada kelas jam 2pm-5pm. Nak temankan ibu boleh, tapi kena keluar awal dalam 12.30pm. Risaunya hubby yang tak dapat tepati masa. Kena melangut lama kat airport la gamaknya. Flight kol 4.30pm kalau tak silap.
Sat tadi ibu tanya sorang ofismate, lelaki. Dia cakap no problem sebab takde kelas petang ni. Tapi ibu tak ikut menghantar la sebab takkan balik nak berdua2an pulak kan...hehe
Kalau tak menjadi jugak 2 alternatif di atas, terpaksa lah ibu gamble redah jer hantar dan balik sendiri. Agak2 tak sampai2 menjemput anak, pengasuh cakap, faham2 sahajalah. Pasukan rescue akan dihantar menjemput ibu.
Bukannya ibu tak pernah ke airport yang hanya mengambil masa 30minit dari rumah tu, tapi ibu tak berapa menghayati jalan2 sepanjang perjalanan pergi balik airport tu oleh kerana selama ni hanya dok sebelah driver jer!
Nak menjemput hubby balik dari Bintulu nanti lagi kalut. Flight arrival kol 8.30pm!
Bon voyage hubby...
No comments:
Post a Comment