Sunday, July 04, 2010

outing..

Sudah lama kami sekeluarga tidak outing bersama. Ye lah...dek kerana kesibukan hubby yang agak melampau semenjak dua menjak nih, ibu tak berani nak kacau dan janji dengan anak2. Kesibukan hubby disebabkan eksperimennya yang sudah bermula. Pagi pukul 8.45am, thari pukul 1.45pm dan lewat petang 6.45pm hubby terpaksa bergegas ke greenhouse untuk mengambil reading researchnya. Setiap hari juga hubby perlu menjenguk 'kolam' nya. So, malam la baru balik. Itu belum kaw2 masuk lab.

Yaaa..memang nampaknya ibu kena ready fizikal dan mental menguruskan anak2 bersendirian. Esok juga hubby akan berangkat ke UPM, Bintulu selama seminggu kerana perlu berguru dengan pakar 'ekstrak'.

Okey..berbalik kepada cerita outing semalam.. Mulanya ibu plan nak ke sekolah Luqman untuk acara sukan, tetapi malamnya Luqman memberitahu ibu dia tak nak pergi pulak. So, kansel pergi.

Hubby pulak, awal2 pagi dah keluar ke UPM, berkejar untuk mengambil reading pagi. Kononnya, lepas selesai, nak rush balik ambil kami. Tunggu punya tunggu hampir kol 12 tak balik2 jugak, rupanya dia kena setel hal kat site. Nak balik jam tu pun alang2 dah dekat pukul 1, ibu sarankan balik lepas ambil reading pukul 1.45pm. Sudahnya jam 3pm baru sampai ke rumah.

Jam 4pm baru dapat kami keluar. Cari port makan dulu kat Serdang sambil menunggu kereta dibasuh. Habis makan jam menunjukkan jam 6pm. Hubby mengajak ke ofisnya dahulu. Setel di ofis, hubby mengajak kami mengikutnya ke green house dan site projek. Ibarat budak2 baru dapat kaki, kanak2 ribena terus aktif berlari, melompat dan berkejaran apabila berpeluang bermain di luar sampaikan si comel kenit pun teruja nak berlari mengikut jejak abang2nya. Luqman sempat dapat 'tanda' di siku apabila terjatuh di atas jalan.

Kami kemudiannya meneruskan program outing kami. Singgah sebentar di petrol station untuk solat maghrib sebelum sampai ke destinasi JJ. Hajatnya nak tengok walker Wafa, tapi takde yang berkenan. Sudahnya lain yang dicari, lain yang dapat. Nampaknya, pakai jer yg sedia ada.

Kami keluar dari JJ Equine Park dah agak lewat. Bergegas pulak ke Alam Megah. Tunggu KakTie di depan balai polis sebelum dia datang jemput untuk makan malam. Late dinner..huhu..Kaktie belanja makan besar kat Gazebo. Boleh tahan jugak sedapnya..cuma yang tak berkenan keadaan 'En. Tan' yang tersangatlah kotorrrrrr. Terbantut niatku nak masuk.

Selesai makan, kami mengikut KakTie ke rumahnya untuk mengambil barang kiriman. Sambil ibu borak2, Hubby dah selamat terbongkang tidur keletihan di ats sofa. Time to go back to Mantin. Terpaksa jugak menggagahkan diri untuk drive balik. Oleh kerana keadaan hubby yang tersangat lah mengantuknya, ibu ganti drive. Nasib baik ibu dah minum kopi panas masa makan tadi.

Akhirnya kami sampai ke rumah jam 1.30am. Lepas solat isya'... .bummmmm........time to sleeppppppp.........ZZZzzzz...

sekian sahaja entry 'outing kami'. Tak tahu lagi bila dapat outing lagi.



2 comments:

Shah Scander said...

En.tan tu sapa? apa? pe menda? apa yg kotor? sape yg kotor?????

WanShila said...

en. tandassssssss.....