Monday, July 19, 2010

Tragedi

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah masuk 3 kali insiden ni berlaku. Hmmm...nasib si labu labi. Hehehehe..tak pasal2 si labu labi yang dapat nama.

Kejadian kali ke3 ni baru jer berlaku Sabtu lepas. Itupun berulang selepas kejadian kali ke 2 pada Rabu minggu yang sama.

Cumanya, nasib si labu labi ni agak baik sket la. Nasib baik tu ada jer..itu tanda Allah masih sayang kat kita..hehehe

Kejadian yang ibu maksudkan adalah kejadian 'satu benda yang mempunyai 4 kaki yang mati di tengah jalan akibat kehabisan bahan api'. Dapatkah anda meneka apakah 'benda' itu???

Yaaaa..kereta!! Bijak2!!

Kejadian kali pertama.

Kalau tak silap awal tahun ni jugak. Time tu ibu baru lepas hantar anak ke rumah pengasuh. Kat tengah2 jalan besar tu boleh lak kereta tu tetiba mati, nasib baik kat depan takde kereta dan ibu sempat ke tepi jalan sebelum disondol oleh lori besar.

Kejadian berlaku waktu pagi lebih kurang kol 9am. So, ibu call member opis. Kebetulan diorang nak pergi sarapan kat Mantin, ibu tumpang sekaki la.

Kejadian ke2.

Kami berempat nak pegi lunch kat area2 opis jer. Mereka iaitu Kak Normah, Iza dan Mar nak jalan kaki jer..tapi ibu tak larat nak jalan sebab panas dan ada kelas jam 2pm. Dan2 jer lepas elok corner kat simpang Jati tu, tetiba kereta mati. Start2 tak hidup. Tak sempat ibu nak belok ke tepi sebab kat depannya kebetulan ada sebuah kereta kancil parking. Tak pasal2 kengkawan ibu yang jd tukang tolak kereta tu untuk di park ke tepi jalan. Huhuhu..sib baik lagi ada member blh tolong.

Petangnya hubby balik, kami pegi tengok kereta bersama2 5L minyak. Ok! Fine..blh gerak.

Kejadian ke3.

Sabtu tengahari. Ibu nak pegi jemput anak kat rumah pengasuh. Elok jer korner kat simpang jalan masuk, tetiba kereta macam tersengguk2 pulak. Sempat belok parking kat tepi pagar rumah orang. Ibu terintai2 jugak kot tuan rumah bawak keluar senapang patah ker sebab parking kat atas landskap cantik (walaupun di luar pagar).

Selang beberapa buah rumah dari tempat ibu park kereta tu adalah rumah member lama ibu. Mintak2 la ada Sue kat rumah. Sue takde kat rumah, tapi husband dia, Det ada. Husband dia pun kawan ibu jugak kat kolej dulu. La ni dia dah jadi cikgu kat Pilah.

Selepas dibelek, ditenung, Det cakap keta takde minyak. So, dialah yang pegi beli dan balik tuang dalam tangki. Alhamdulillah, hidup pun.

Lepas tu, ibu drive ke petrol station. "Isi penuh ye....". Ambik ko!

Nampak gayanya lepas ni kena buat jadual pengisian minyak kereta. Nak harapkan meter minyak yang sekejap ok sekejap ngeng tuh..alamatnya tragedi sama akan berulang lagi...




3 comments:

[tErOmPaH bIrU] said...

hehe.. along pernah gak kena sekali.. nasib baik ler tak leh nak start tu kat rumah lagi, waktu nak pergi kerja.. plan pagi tu memang nak pergi isi minyak sebelom masok office haha.. sib baik gak adik tak turun kerja lagi.. mintak ler jasa baik dia belikan petrol dulu untuk along dia nie ahh..

QERY HASAN said...

Aiyooo~~ Ltk kt tepi jalan silap2 kena curik keta tu...Malang laa sape yg curik tu~ hahaha...kalau dia curi msti senang nak jumpa...kt tepi jalan jugak laa jumpa keta tu..haha

WanShila said...

Along;

so far, time kena tu ada jer nasib baik...yg last kena tu, handphone lak kong habis bateri..nasib baik sempat call hubby bgtau kat mana.

erie;
sebelum dia bawak larik, dia kena isi minyak dulu..huhu..